Penerbangan 90 Air Florida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Air Florida Penerbangan 90
Operasi menyelamat pada 19 Januari 1982
Ringkasan kemalangan
Tarikh 13 Januari 1982
Ringkasan Keudaraan ais dan kesilapan juruterbang
Tempat Washington, D.C. dan Arlington County, Virginia
Penumpang 74
Anak kapal 5
Kecederaan 10 (termasuk 5 di atas jambatan)
Kematian 78 (termasuk 4 di atas jambatan)
Terselamat 5
Jenis pesawat Boeing 737-222
Pengendali Air Florida
Pendaftaran Templat:Airreg
Asal penerbangan Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington
Persinggahan terakhir Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa
Destinasi Lapangan terbang Antarabangsa Fort Lauderdale – Hollywood
Rajah Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebngsaan U.S. menunjukkan laluan penerbangan Air Florida Penerbangan 90 yang terhempas semasa berlepas di Washington, D.C. pada 13 Januari 1982, yang membunuh 78 orang.

Air Florida Penerbangan 90 adalah pesawat penumpang domestik yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Washington di Washington, D.C. ke Lapangan Terbang Fort Lauderdale – Hollywood di Fort Lauderdale, Florida, selepas singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di Tampa, Florida. Pada 13 Januari 1982, pesawat Boeing 737 Penerbangan 90 terhempas ke Jambatan 14th Street di Sungai Potomac, membunuh kesemuanya kecuali empat penumpang dan seorang pembantu penerbangan.

Pesawat ini membawa 74 penumpang dan lima krew apabila ia terhempas semasa cuba berlepas. Kesemuanya kecuali lima orang terkorban. Pesawat ini melanggar Jambatan 14th Street yang menghubungkan Lebuhraya Interstate 395 (Daerah Columbia-Virginia) di antara Washington, D.C., dan Arlington County, Virginia. Ia juga merenyukkan tujuh kenderaan di atas jambatan dan musnah sebelum memasuki kawasan ais di Sungai Potomac. Nahas itu berlaku kurang dari dua kilometer dari Rumah Putih dan dari pandangan Memorial Jefferson dan bangunan Pentagon.

Kemalangan ini membunuh 78 orang termasuk empat penunggang motosikal di atas Jambatan 14th Street. Beberapa orang telah diselamatkan dari sungai yang berais oleh orang ramai dan profesional. Presiden Ronald Reagan mengumumkan semua tindakan semasa ucapannya di Uucpan Kesatuan Negeri-Negeri beberapa hari kemudian.. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendapati punca kemalangan itu adalah kesilapan juruterbang. Juruterbang itu gagal membuka suis sistem perlindungan ais dalaman enjin, menggunakan tujahan terbalik di dalam ribut salji semasa berlepas dan gagal untuk membatalkan perlepasan selepas mengesan masalah kuasa apabila beratur dan melihat adanya ais dan salji di atas sayap pesawat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Aviation accidents and incidents in 1982 Koordinat: 38°52′26″N 77°02′34″W / 38.87389°U 77.04278°B / 38.87389; -77.04278