Penerbangan DiRaja Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Royal Brunei Airlines
IATA
BI
ICAO
RBA
Callsign
BRUNEI
Ditubuhkan 1974
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
Program frequent flyer Royal Skies
Lobi lapangan terbang Sky Lounge
Pesawat 10
Destinasi 20
Syarikat induk Kerajaan Brunei Darussalam
Ibu pejabat Flag of Brunei.svg Bandar Seri Begawan, Brunei
Tokoh utama Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah (Pengerusi)
Dermot Mannion (Timbalan Pengerusi)
Laman web http://www.bruneiair.com
Pesawat Boeing 767 Royal Brunei.Kesemua pesawat tersebut telah digantikan dengan pesawat Boeing 777.

Penerbangan DiRaja Brunei ataupun Royal Brunei Airlines adalah Syarikat Penerbangan rasmi bagi Negara Brunei Darussalam.

Kod Data[sunting | sunting sumber]

  • IATA Kod: BI
  • ICAO Kod: RBA
  • Panggilan: Brunei

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Royal Brunei ditubuhkan pada 18 November 1974 dengan menggunakan 2 buah pesawat Boeing 737-200. Destinasi pelancaran mereka ialah Singapura. Pada 1975, Hong Kong, Kota Kinabalu dan Kuching dimasukkan dalam senarai destinasi. Royal Brunei mula terbang ke Kuala Lumpur pada tahun 1981, Darwin pada tahun 1983 dan Jakarta pada tahun 1984.

Pada 1985, 757-200 digunakan dalam perkhidmatan dan buat pertama kalinya, Royal Brunei terbang ke Eropah, iaitu ke Frankfurt, Jerman. Pada tahun 1990, penerbangan ini memulakan penerbangan ke London. Destinasi Jeddah ditambah pada tahun 1991.

Royal Brunei membesar dengan majunya dan Boeing 767 pula digunakan dalam perkhidmatan. Tujuh lagi pesawat Boeing 767 dimasukkan kedalam perkhidmatan menjadikannya 8 Boeing 767 itu.

Dalam mulan Mac, 1993, Abu Dhabi pula dimasukkan kedalam perkhidmatan Royal Brunei dan juga Bali pada bulan Mei tahun itu juga.

Namun begitu,Royal Brunei mula mengalami kerugian teruk selama beberapa tahun,sehingga banyak laluan terpaksa ditutup.Pada 2002,Peter Foster dilantik menjadi CEO baru,dan menyaksikan perubahan drastik dalam Royal Brunei.Pesawat seperti Airbus 319 dan Airbus 320 mula memasuki perkhidmatan,dan pesawat Boeing 757 ditamatkan perkhidmatan dan seterusnya dijual kepada syarikat lain.Penghujung 2003 menyaksikan Royal Brunei menandatangi perjanjian yang dianggap kontroversi dengan Royal Tongan Airlines ,iaitu Syarikat penerbangan rasmi negara Tonga dimana syarikat tersebut akan menyewa baki 2 pesawat Boeing 757-200 milik Royal Brunei,dan Royal Brunei pula diberi peluang untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat melalui Tonga.Namun begitu,Royal Tongan diisytiharkan bankrap pada pertengahan 2004,tidak sampai 6 bulan beroperasi.Oleh kerana gagal membayar sewa pesawat Boeing 757 tersebut,kedua-dua buah pesawat tersebut telah diambil kembali dan kemudiannya disimpan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

2009 menyaksikan era baru Royal Brunei,apabila Robert Yang,dilantik menjadi CEO yang baru,menggantikan Roy Sayer yang meninggalkan Royal Brunei setelah berkhidmat selama 20 bulan.Pada 17 Jun 2010,Royal Brunei menyaksikan ketibaan pesawat Boeing 777-200 untuk menggantikan kesemua 6 buah pesawat Boeing 767-300.Namun begitu,pada 12 Februari 2011.Robert Yang mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai CEO berkuatkuasa 1 Mac,dan sehingga tarikh tersebut pengurusan Royal Brunei akan melapor kepada Timbalan Pengerusi RBA,Dermot Mannion buat sementara waktu.

Royal Brunei telah mengumumkan bahawa 5 destinasi bakal digantung buat sementara waktu; iaitu Kuching,Bandaraya Ho Chi Minh,Auckland,Brisbane dan Perth.[1]

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama : Destinasi-destinasi Penerbangan DiRaja Brunei

Kodkongsi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama : Kodkongsi Penerbangan DiRaja Brunei

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat terdahulu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]