Pengagihan daya brek elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengagihan daya brek elektronik (EBD atau EBFD), atau Pengehad daya brek elektronik (EBL) merupakan teknologi brek kereta yang mempelbagaikan jumlah daya yang dikenakan kepada setiap brek kenderaan secara automatik, berasaskan keadaan jalan, kelajuan, beban, dsb. Sering digandingkan dengan sistem brek cegah kunci, EBD boleh mengenakan lebih atau kurang tekanan membrek kepada setiap roda untuk memaksimumkan kuasa memberhentikan kenderaan sambil mengekalkan kawalan kenderaan.[1][2] Biasanya, bahagian hujung hadapan membawa kebanyakan berat dan EBD mengagihkan kurang tekanan membrek ke brek belakang supaya brek belakang tidak terkunci dan menyebabkan tergelincir.[3] Dalam sesetengah sistem, EBD mengagihkan lebih tekanan membrek pada brek belakang semasa mula membrek sebelum kesan peralihan berat mula ketara.

Bagaimana ABS brefungsi[sunting | sunting sumber]

Semasa membrek dengan kuat, roda kenderaan mungkin akan terkunci. Sistem brek cegah kunci (ABS) memantau kelajuan roda dan melepaskan tekanan pada talian brek roda individu, menghasilkan denyutan pada brek individu dengan pantas untuk mencegah roda daripada terkunci. Semasa membrek dengan kuat, mencegah roda daripada terkunci membantu pemandu mengekalkan kawalan stereng. ABS moden mempunyai talian brek individu bagi setiap daripada empat roda, membolehkan tekanan brek berbeza dikenakan pada permukaan jalan yang berbeza. Misalnya, kurang tekanan membrek diperlukan untuk mengunci roda di atas permukaan berais berbanding di atas permukaan beraspal. Jika roda kiri di atas aspal dan roda kanan di atas ais semasa membrek kecemasan, ABS mengesan roda kanan hampir terkunci dan mengurangkan daya brek pada roda kanan, membantu mengelakkan roda daripada terkunci dan hilang kawalan kenderaan.

Bagaimana EBD berfungsi[sunting | sunting sumber]

Menurut SAE - Buschmann et al. "Tugas EBD sebagai subsistem bagi sistem ABS ialah untuk mengawal penggunaan lekatan berkesan oleh roda belakang. Tekanan roda belakang dianggarkan kepada pengagihan daya brek unggul dalam operasi brek separa. Untuk melakukannya, rekaan brek konvensional diubah suai dalam arah terlebih brek gandar belakang, dan komponen ABS digunakan. EBD mengurangkan terikan injap kadaran daya brek hidraulik dalam kenderaan. EBD mengoptimakan rekaan brek dengan menumpukan kepada: penggunaan lekatan; kestabilan pemanduan; kehausan; tegasan suhu; dan daya injak."

EBD boleh bekerja bersama-sama ABS dan kawalan kestabilan elektronik ("ESC") untuk meminimakan pecutan olengan semasa membelok. ESC membandingkan sudut stereng kepada kadar belokan kenderaan menggunakan pengesan kadar olengan (giroskop). "Olengan" ialah putaran kenderaan mengelilingi titik graviti menegak (berpusing ke kiri atau kanan). Jika pengesan olengan mengesan lebih olengan daripada sudut stereng, bermakna kereta itu terlebih stereng atau terkurang stereng dan ESC mengaktifkan satu daripada brek hadapan atau belakang untuk memutar kereta kembali ke laluan asal. Misalnya, jika kereta membelok ke kiri dan mula terkurang stereng (kereta terlajak ke hadapan ke bahagian luar belokan) ESC mengaktifkan brek kiri belakang, yang membantu kereta membelok ke kiri. Pengesannya begitu sensitif, dan pelaksanaannya begitu pantas sehinggakan sistem mampu memperbetulkan arah belokan sebelum pemandu bertindak. ABS membantu mencegah roda daripada terkunci dan EBD membantu mengenakan daya brek yang bersesuaian untuk membolehkan ESC berfungsi secara berkesan dan mudah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Jil McIntosh: Automotive Glossary". Jilmcintosh.typepad.com. Diperoleh pada 2010-11-05. 
  2. "Audi Canada > Home". Audi.ca. Diperoleh pada 2010-11-05. 
  3. "EBD Explained - Electronic Brakeforce Distribution". Obd-codes.com. Diperoleh pada 2010-11-05.