Pengangkutan di Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengangkutan di Labuan bergantung kepada pengangkutan laut , terutama pengangkutan ulang alik ke tanah besar Sabah. Penduduk dan pelancong bergantung kepada feri, bot laju dan kapal terbang.

Feri [sunting]

Perkhidmatan feri dari Pelabuhan Pulau Labuan ke Menumbok, Sabah cuma dua kali sehari.Ia dikendalikan oleh syarikat Double Power yang menggunakan tiga buah feri.

Beberapa feri baru akan ditambah . Feri baru akan dikendalikan oleh Isro Group melalui anak syarikatnya Isro Shipping yang memiliki empat buah feri, yang dua daripadanya digunakan bagi perkhidmatan Labuan-Brunei-Labuan. Feri baru itu bernama Duta Muhibbah 3 yang mampu membawa 110 penumpang dalam satu masa.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan, Datuk Yussof Mohammad berharap feri baru akan merancakkan ekonomi Sabah kerana kos lebih rendah. Ia juga menyediakan perkhidmatan kargo.

Rujukan [sunting]