Pengangkutan di Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengangkutan awam di Selangor terbahagi kepada pengangkutan air, darat dan udara.

Isi kandungan

Pengangkutan air [sunting]

Pengangkutan air jarang digunakan kecuali untuk pergi ke destinasi pelancongan seperti Pulau Carey dan Pulau Ketam.

Pengangkutan darat [sunting]

Bas dan teksi [sunting]

Perkhidmatan Bas di negeri ini disediakan oleh perkhidmatan bas Rapid KL, Metro Bus, City Liner dan Selangor Bus. Manakala perkhidmatan teksi pula, boleh berhubung dengan perkhidmatan teksi Lembah Klang iaitu boleh pergi ke destinasi sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur.

Kereta api dan LRT [sunting]

Perkhidmatan kereta api komuter (penumpang) dari Bandaraya Kuala Lumpur (KL Sentral) melalui Stesen Kampung Abdullah Hukum, Petaling Jaya, Subang Jaya, Bandar Klang dan Pelabuhan Klang. Terdapat juga perkhidmatan komuter dari KL Sentral, Sungai Buloh dan Rawang. Selain itu perkhidmatan komuter dari KL Sentral, Serdang, Bangi, Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan. Dalam hal ini juga, semua kereta api boleh berhubung dengan perkhidmatan stesen kereta api lain di Stesen KL Sentral, iaitu stesen pengangkutan moden di pusat bandar. Selangor juga boleh menggunakan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) Rapid KL Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang.

Selain itu, bagi pengangkutan barang dan kargo KTM memberi perkhidmatan dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Selangor.

Pengangkutan udara [sunting]

Selangor mempunyai lapangan terbang awam berikut:



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.