Penganiayaan kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
<font-size=1px>Undang-undang keluarga
Perkahwinan
Persetujuan pranuptial  · Perkahwinan
Perkahwinan common law
Perkahwinan sama jantina
Taraf lain yang serupa dgn Perkahwinan
Sekedudukan  · Sekedudukan sivil
Perkongsian rumah tangga
Perkongsian berdaftar
Pemansuhan perkahwinan
Pembatalan  · Perceraian  · Alimoni
Persoalan mengenai kanak-kanak
Paterniti  · Kesahan  · Anak angkat
Penjaga sah  · Anak jagaan
Emansipasi orang bawah umur
Kewajipan ibu bapa
Hubungan (termasuk lawatan)
Kediaman dlm undang-undang Inggeris
Jagaan  · Penyaraan kanak-kanak
Bidang kebimbangan yg mungkin
Penganiayaan pasangan dan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
Zina  · Bigami  · Sumbang muhrim
Percanggahan Undang-undang
Perkahwinan  · Pembatalan  · Perceraian

Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom bayi goncang. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak.

Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.

Punca penderaan[sunting | sunting sumber]

  • Penderaan sering berlaku apabila ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah, apabila suasana persekitaran adalah tidak stabil, apabila ibu merupakan penjaga tunggal, juga apabila tidak adanya tempat penjagaan anak.
  • Apabila ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka, maka anak-anak tidak dapat menerima "meresapkan" segala peraturan dan undang-undang kerana pertimbangan adalah cara terbaik untuk mengajar sesuatu. Akibatnya anak itu menjadi lebih agresif dan menentang.
  • Selalunya anak lelaki menjadi mangsa deraan, mungkin kerana anak lelaki dianggap lebih tahan daripada anak perempuan bagi ibu bapa melepaskan kekecewaan mereka.

Kesan daripada penderaan fizikal biasanya mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.

Talian bantuan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal di Malaysia, antaranya adalah :

Singapura[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]