Pengasas The Company (Heroes)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengasas The Company [sunting]

Selain dari Angela Petrelli, berikut ialah senarai pengasas The Company dalam siri Heroes:

Nama Musim Penampilan Gambar Dibintangi oleh Penampilan Pertama Ringkasan Watak
Arthur Petrelli 3 Arthur.jpg Robert Forster Musim 3: Episod 5: Angels and Monsters Arthur merupakan suami kepada Angela, dan bapa kepada Nathan dan Peter. Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Kebolehan Arthur ialah merampas kuasa orang lain. Mangsa yang dirampas kuasanya oleh Arthur akan kehilangan kuasanya buat selama-lamanya.

Arthur telah merancang untuk membunuh Nathan kerana merasakan yang Nathan bakal menjadi duri dalam dagingnya. Misi tersebut gagal dan Daniel Linderman telah memberitahu Angela tentang perkara ini. Angela akhirnya meracun Arthur untuk melindungi anak-anaknya. Semua orang menyangka yang Arthur sudah mati tetapi dia berjaya merahsiakannya kepada semua orang yang dia masih hidup.

Arthur kemudian menubuhkan Pinehearst dan menjalankan operasi untuk menyuntik semua manusia biasa dengan satu formula supaya semua manusia di dunia ini mempunyai kebolehan luar biasa.

Arthur dibunuh oleh Peter dan Sylar.

Maury Parkman 2, 3 Maury.jpg Alan Blumenfeld Musim 2: Episod 5: Fight or Flight Merupakan ayah kepada Matt Parkman. Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Kebolehan Maury ialah mendengar fikiran manusia dan dengan kebolehan itu juga mampu mengawal tindakan mereka.

Maury pada mulanya bekerjasama dengan Adam Monroe untuk membunuh kesemua pengasas The Company yang masih hidup. Kemudian bekerja dengan Arthur Petrelli di Pinehearst.

Maury mati ditangan Arthur kerana tidak bersetuju dengan cadangan Arthur yang mahu membunuh Matt.

Kaito Nakamura 1, 2, 3 George Takei at 2007 GLAAD Awards.jpg George Takei Musim 1: Episod 13: The Fix Merupakan ayah kepada Hiro Nakamura dan Kimiko Nakamura. Isterinya bernama Ishi Nakamura. Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company.

Pada mulanya, Kaito amat kecewa dengan anaknya Hiro dan menganggap Hiro adalah mengecewakan. Tetapi setelah pertarungan dengan Sylar di Kirby Plaza, dia sangat bangga akan Hiro.

Kebolehan Kaito tidak ketahui kerana dia tidak pernah menunjukkan kebolehannya di dalam siri Heroes. Kaito mati di bunuh oleh Adam Monroe.

Charles Deveaux 1 Charles.jpg Richard Roundtree Musim 1: Episod 1: Genesis Merupakan ayah kepada Simone. Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Kebolehan Charles ialah telephati.

Charles mati kerana sakit.

Bob Bishop 2, 3 Mr.Bob.jpg Stephen Tobolowsky Musim 2: Episod 1: Four Months Later... Merupakan ayah kepada Elle Bishop.Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Kebolehan Bob ialah mampu mengubah sebarang bahan logam menjadi emas.

Bob mati di bunuh oleh Sylar.

Daniel Linderman 1, 3 D Linderman.jpg Malcolm McDowell Musim 1: Episod 18: Parasite Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Kebolehan Daniel ialah mampu menyembuhkan sebarang kesakitan atau kecederaan.

Linderman mati di bunuh oleh D.L. Hawkins.

Victoria Pratt 2 Victoria-p.jpg Joanna Cassidy Musim 2: Episod 10: Truth & Consequences Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Kebolehan Victoria tidak ketahui kerana dia tidak pernah menunjukkan kebolehannya di dalam siri Heroes.

Victoria mati di bunuh oleh Adam Monroe.

Carlos Mendez - C mendez.jpg - - Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Berkemungkinan ayah kepada Isaac Mendez. Status tidak diketahui.
Paula Gramble - Gramble.jpg - - Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Status tidak diketahui.
Harry Fletcher - Harry fletc.jpg - - Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Status tidak diketahui.
Susan Amman - S amman.jpg - - Merupakan salah seorang dari 12 orang pengasas The Company. Status tidak diketahui.