Pengaturcaraan neurolinguistik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pengaturcaraan Neurolinguistik)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengaturcaraan neurolinguistik (NLP) ialah satu set teknik, aksiom, dan kepercayaan yang pengikut-pengikutnya menggunakan, terutamanya, sebagai satu pendekatan untuk kemajuan diri. NLP dipengaruhi oleh idea-idea gerakan Zaman Baru (New Age), serta kepercayaan-kepercayaan terhadap potensi manusia. Idea-idea permulaan untuk NLP telah dikembangkan sekitar 1973 oleh Richard Bandler, seorang pelajar, dan John Grinder, seorang profesor linguistik, bersama-sama dengan Gregory Bateson, seorang ahli sains sosial.

Istilah "pengaturcaraan neurolinguistik" menandakan satu set model dan prinsip yang bermaksud untuk memeriksa dengan teliti bagaimana fikiran, neurologi (neuro), pola-pola bahasa (linguistik), dan penyusunan persepsi, serta kognisi manusia menjadi pola-pola sistemik (pengaturcaraan) saling bertindak untuk mencipta kenyataan subjektif dan tingkah laku manusia.

Berdasarkan pola-pola bahasa dan tanda-tanda bahasa gerak-geri yang berasal daripada pencerapan-pencerapan oleh banyak ahli terapi yang terkenal [1], NLP menumpukan perhatian pada bidang-bidang seperti bagaimana kenyataan subjektif mendorong kepercayaan, persepsi, serta tingkah laku dan oleh itu, mengubahkan tingkah laku serta kepercayaan. Rawatan trauma biasa dimungkinkan melalui teknik-teknik yang sesuai, berdasarkan bagaimana pakar-pakar bertugas dengan hubungan ini. [1][2][3] Teknik-teknik yang disarikan daripada pencerapan-pencerapan ini telah dihuraikan secara metafora oleh pembangun-pembangun asalnya sebagai "keajaiban terapi", dengan NLP pada dirinya diperihalkan sebagai 'kajian struktur pengalaman subjektif". [4][5] Teknik-teknik tersebut berdasarkan prinsip bahawa semua tingkah-tingkah laku (baik yang cemerlang mahupun yang disfungsi) adalah bukan rawak, tetapi mempunyai struktur yang dapat ditentukan secara praktik [3][6] NLP telah digunakan dalam sebilangan bidang seperti penjualan, psikoterapi, komunikasi, pendidikan, bimbingan khusus, sukan, pengurusan perniagaan, hubungan satu sama lain, serta bidang-bidang aliran kurang utama seperti kerohanian.

Disebabkan sebahagian oleh falsafah terbukanya, NLP adalah penuh dengan perbalahan. NLP kekadang dikritik oleh komuniti-komuniti saintifik sebagai tidak terbukti atau sebagai pseudosains, serta oleh mereka yang memerhatikannya untuk mengesan penipuan, tuntutan-tuntutan berketerlaluan, dan pendekatan-pendekatan yang tidak etika. Terdapat juga sesetengah pertikaian antara pembangun-pembangun dan penyokong-penyokongnya terhadap apakah NLP dan apakah yang bukan. Sebaliknya, banyak pertubuhan yang boleh dipercayai di seluruh dunia [7] telah memberi sokongan yang kuat terhadap penggunaannya, jika diajar oleh pelatih yang mahir dan cekap, serta digunakan dengan cara yang betul.


Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Bandler, Richard & John Grinder (1979). Frogs into Princes: Neuro Linguistic Programming. Moab, UT: Real People Press. m/s. m.s. 15, 24, 30, 45, 52.. 
  2. Bandler, Richard & John Grinder (1983). Reframing: Neurolinguistic programming and the transformation of meaning. Moab, UT: Real People Press.. m/s. Lampiran II, m.s. 171. 
  3. 3.0 3.1 Bandler, Richard & John Grinder (1975a). The Structure of Magic I: A Book About Language and Therapy. Palo Alto, CA: Science & Behavior Books.. 
  4. Sharpley C.F. (1987). "Dapatan-dapatan Penyelidikan mengenai Pengaturcaraan Neurolinguistik: Data-data yang tidak dapat disokong serta teori yang tidak dapat diuji". Communication and Cognition. Journal of Counseling Psychology, 1987 Jilid 34, No. 1: 103-107,105. http://eric.ed.gov/ERICWebPortal/Home.portal?nfpb=true&_pageLabel=RecordDetails&ERICExtSearch_SearchValue_0=EJ352101&ERICExtSearch_SearchType_0=eric_accno&objectId=0900000b8005c1ac. 
  5. Dilts, Robert B, Grinder, John, Bandler, Richard & DeLozier, Judith A. (1980). Neuro-Linguistic Programming: Jilid I - The Study of the Structure of Subjective Experience. Meta Publications, 1980.. m/s. m.s. 3-4,6,14,17. 
  6. [1].
  7. Sejak 2006, contoh-contoh penggunaan terkenal bagi NLP termasuk: -

Pautan luar[sunting | sunting sumber]