Pelindung pusu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pengawal arus)

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah kepada gelombang elektrik atau pengaliran elektrik yang berlebihan.

Komputer merupakan alat elektronik yang lebih sensitive kepada bekalan elektrik tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. Bekalan ini berlaku apabila sesuatu peralatan eletrik yang berkuasa tinggi dihidup dan dimatikan berhampiran. Sebagai contoh peralatan eletrik bermotor seperti mesin basuh, penghawa dingin, penyedut hampagas, dan dril menghasilkan kejutan tenaga elektrik yang mampu merosakkan komputer.

Untuk mengelakkan kerosakan kepada perkakasan komputer, adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelaburan dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan komputer, penguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak dan modem kepada pengawal arus itu. Penguna juga digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.