Pengawal lalu lintas udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengawal lalu lintas udara
Misawa Air Base Control Tower.jpg
Pengawal lalu lintas udara tentera dalam menara kawalan
Pekerjaan
Jenis Profesion
Sektor aktiviti Penerbangan, Ketenteraan
Pemerian
Kemahiran Daya ingatan jangka pendek dan kesedaran situasi yang sangat baik, kemahiran matematik yang baik, kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tegas, boleh mengawal tekanan
Pendidikan yang
;diperlukan
Pensijilan oleh lembaga penerbangan berlandaskan peraturan ICAO.
Bidang  penggajian Sektor swasta dan kerajaan (awam dan tentera)
Gaji purata $90,000-160,000 [1]

Pengawal lalu lintas udara merupakan pekerjaan yang bertugas mempercepat dan memastikan aliran lalu lintas udara yang selamat dan teratur dalam sistem kawalan lalu lintas udara sedunia. Jawatan pengawal lalu lintas udara memerlukan kemahiran yang amat khusus. Pengawal menetapkan peraturan yang menetapkan jarak minima yang mesti dijaga sesama pesawat dalam kawasan bidang kuasanya, serta mengalihkan semua pesawat dengan selamat dan cekap melalui sektor ruang udara yang ditugaskan kepadanya. Oleh sebab pengawal ini memikul tanggungjawab yang amat besar ketika bertugas, maka profesion ini dianggap sebagai antara pekerjaan yang paling sukar di seluruh dunia, dan boleh mendatangkan tekanan hebat mengikut pelbagai faktor (kelengkapan, tatarajah, cuaca, volum lalu lintas, faktor manusia, dsb.). Atas alasan ini, ramai pengawal yang mengejar faedah gaji tinggi, rasa cinta kepada bidang penerbangan dan persaraan awal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]