Pengeboman Baghdad 22 Disember 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengeboman Baghdad 22 Disember 2011
Lokasi Baghdad, Iraq
Sasaran populasi awam & pejabat kerajaan
Tarikh 22 Disember 2011 (UTC+3)
Jenis serangan pengeboman berani mati, pengeboman kenderaan, pengeboman jalanan, bom tampal
Kematian sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh
Cedera sekurang-kurangnya 196 orang tercedera
Pelaku didakwa al-Qaeda di Iraq

Pengeboman Baghdad 22 Disember 2011 di Baghdad, Iraq menyebabkan 65 orang awam terbunuh. Pegawai keselamatan Iraq melaporkan bahawa terjadi 14 letupan di 11 kawasan kejiranan . Kementerian Kesihatan Iraq menjangkakan sebanyak 69 kematian dan sekurang-kurangnya 169 cedera. Serangan berlaku di kawasan Syiah , kecuali serangan IED di kawasan Sunni iaitu di Adhamiyah . Serangan yang paling teruk berlaku di daerah Karrada, di mana pengebom memandu sebuah van ambulans ke pejabat kerajaan anti-rasuah, membunuh 25 dan mencederakan 62 orang. Polis tempatan yang sedang berdiri mengawal membiarkan van itu masuk .

Serangan ini adalah serangan pertama di ibu negara Iraq selepas Perdana Menteri Iraq ,Nouri al-Maliki mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Tariq Al-Hashimi hanya beberapa hari sebelum kejadian. Wartawan melaporkan pasukan keselamatan telah menyekat akses ke laman pengeboman dan Baghdad biasanya ditutup kepada pihak luar.

Beberapa serangan lain berlaku di seluruh negara, termasuk lelaki bersenjata yang membunuh satu keluarga seramai lima dan pengawal tempatan di bandar Baqubah . Dua daripadanya ialah ahli keluarga majlis Sunni . Beberapa tembakan berlaku di bandar Mosul , menyebabkan 2 mati dan empat cedera. Serangan di Mussayab dan Jurf al-Sakhar selatan ibu negara dan di Kirkuk menyebabkan lima orang cedera.

Pada waktu petang ,beberapa lagi letupan menggegarkan Baghdad .Wartawan tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 4 lagi letupan berlaku kira-kira jam 10 waktu tempatan. Jumlah kematian rasmi ialah 72 orang termasuk serangan di Al-Shurtta dan daerah Al-Jihad di barat daya Baghdad. [1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]