Pengeboman JW Marriott 2003

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengeboman Hotel JW Marriott 2003
Lokasi Jakarta, Indonesia
Sasaran Hotel JW Marriott
Tarikh 5 Ogos 2003
11:58 a.m. (UTC+7)
Jenis serangan Pengeboman berani mati, bom kereta
Cedera 12 maut, 150 cedera
Pelaku Jemaah Islamiyah

Pengeboman Hotel JW Marriott berlaku pada 5 Ogos 2003 di Setiabudi, Jakarta Selatan, Indonesia. Seorang pengebom berani mati telah meletupkan bom kereta di luar lobi Hotel JW Marriott, yang membunuh 12 orang dan mencederakan 150 yang lain. Kesemua yang terbunuh adalah orang Indonesia dengan pengecualian seorang peniaga Belanda. Hotel berkenaan telah dianggap sebagai satu simbol Barat, dan telah digunakan oleh pesuruhjaya Amerika Syarikat untuk pelbagai acara [1]. Hotel ini kemudiannya ditutup selama lima minggu sebelum dibuka semula pada 8 September.

Enam hari selepas serangan ini berlaku, al-Qaeda mendakwa bertanggungjawab [2]. Jemaah Islamiyah (JI), satu pertubuhan yang dikatakan mempunyai hubungan dengan al-Qaeda, dikatakan telah menjalankan pengeboman tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Indonesia considers measures after attack"Taipai Times/Reuters 14 Ogos 2003
  2. "Al Qaeda singles out Australia". Sydney Morning Herald. 2003-08-12. Diperoleh pada 2007-08-05.