Pengeboman Karachi 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengeboman Karachi 2007
Lokasi Karachi, Pakistan
Sasaran penyokong Benazir Bhutto
Tarikh 18 Oktober 2007
Jenis serangan Pengeboman berani mati
Kematian 130[1]
Pelaku Tidak diketahui

Pada 18 Oktober 2007, berlakunya pengeboman di Karachi, Pakistan yang meragut 130 nyawa dan menyebabkan 248 orang lain tercedera.[1][2] Pihak polis menanggung beban kebanyakan letupan-letupan yang membinasakan tiga buah van polis dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang anggota polis dalam kenderaan terbabit.[3] Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah ahli-ahli Parti Rakyat Pakistan (PPP). Seorang jurukamera yang bertugas untuk sebuah stesen TV tempatan turut terbunuh. Serangan ini adalah merupakan yang paling ngeri pernah dialami negara ini.

Penduduk-penduduk Karachi tengah menyambut kepulangan Benazir Bhutto setelah lapan tahun hidup dalam buangan di Dubai dan London. Dua kali letupan kedengaran tetapi Benazir Bhutto langsung tidak tercedera. Kedua-dua letupan ini berlaku di hadapan trak perhimpunan (di mana beliau menyapa para penyokong dan ahli-ahli parti beliau) kira-kira pukul 00:52 PST, di tengah perjalanan dari lapangan terbang ke makam Mohammad Ali Jinnah untuk suatu perhimpuan yang dijadualkan, sejurus selepas trak Bhutto melalui sebatang jambatan.[4]

Selepas itu, Bhutto dibawa ke Rumah Bilawal, manakala mangsa-mangsa dikejarkan ke Hospital Jinnah.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

  • Bendera Australia Australia: Perdana Menteri John Howard berkata "Adalah terlalu awal untuk memastikan apa-apa tetapi nampaknya ini memang kelihatan sebagai angkara al-Qaeda. Benazir Bhutto, untuk memuji beliau, serta Jeneral Musharraf, kedua-dua mereka berkata bahawa mereka akan terus menyokong rakyat Amerika dalam perang menentang keganasan," kata Howard. "Ini ialah satu peringatan mengenai kedurjanaan al-Qaeda. Ini ialah satu peringatan mengenai betapa pentingnya untuk melepaskan kemenangan kepada mereka di Iraq atau di Afghanistan. news.com.au
  • Flag of Pakistan (bordered).svg Pakistan: Presiden Pervez Musharraf mengecam serangan-serangan ini sebagai satu "konspirasi menentang demokrasi".[2]
  • Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat:
    • Jurucakap Jabatan Negara Tom Casey: "Tiadanya sebab politik yang boleh dijadikan alasan munasabah bagi pembunuhan rakyat yang tidak bersalah. Pihak yang bertanggungjawab itu cuma hendak memupuk ketakutan dan membataskan kebebasan. Amerika Syarikat berganding bahu dengan rakyat Pakistan untuk menghapuskan ancaman pengganas, serta membina masyarakat yang lebih terbuka, demokratik, dan damai."[5]
    • Jurucakap Majlis Keselamatan Negara A.S. Gordon Johndroe berkata bahawa "Amerika Syarikat mengecam serangan ganas di Pakistan dan merapati kehilangan nyawa rakyat yang tidak bersalah di sana," "Pelampau-pelampau tidak akan dibenarkan untuk menghalang rakyat Pakistan daripada memilih wakil-wakil mereka melalui proses yang terbuka dan demokratik."[6]
  • Asif Ali Zardari, suami kepada Benazir Bhutto, berkata di hadapan media berita bahawa "Saya menyalakan kerajaan atas letupan-letupan ini. Ini adalah angkara agensi-agensi perisikan."[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]