Pengelasan biologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pengelasan saintifik)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pelbagai peringkat sistem pengelasan saintifik. Spesies Genus Famili Order Kelas Filum Alam Domain Hidupan

Magnify-clip.png
Hierarki pengelasan biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama. Pangkat pertengahan tidak ditunjukkan.

Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Golongan kumpulan ini dikenali sebagai taxa (tunggal:takson).

Pengelasan biologi moden diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fizikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.

Isi kandungan

Sistem awal [sunting]

Pengelasan terawal haiwan hidup adalah yang dikemukakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani yang mengelaskan semua organisma ketika itu sebagai tumbuhan atau haiwan. Dia kemudian membahagikan haiwan berdasarkan kepada cara mereka bergerak (udara, darat atau air).

Pada 1172 Ibn Rushd, yang merupakan seorang seorang kadi di Seville, telah menterjemah dan meringkaskan buku Aristotle de Anima ke dalam bahasa Arab. Malangnya, buku asal beliau telah hilang, namun terjemahan dalam bahasa Latin oleh Michael Scot masih ada.

Seterusnya, seorang professor Sweden, Conrad von Gesner (1516–1565) telah mengumpulkan senarai benda hidup yang diketahui pada masa itu.

Penjelajahan Dunia Baru kemudiannya menemuan banyak jenis haiwan baru. Pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17, kajian cermat terhadap binatang telah dilakukan, pertama ke atas yang biasa, dan kemudian dilanjutkan sehingga ia cukup untuk bertindak sebagai asas anatomi untuk pengelasan. Kemajuan pengetahuan ini terletak pada kajian ahli anatomi perubatan, antaranya Fabricius (1537–1619), Petrus Severinus (1580–1656), William Harvey (1578–1657) dan Edward Tyson (1649–1708). Manakala kemajuan dalam pengelasan adalah hasil kerha ahli entomologi dan ahli mikroskopi seperti Marcello Malpighi (1628–1694), Jan Swammerdam (1637–1680) dan Robert Hooke (1635–1702). Lord Monboddo (1714-1799), seorang pemikir mujarad turut menyumbang

Alam dan domain [sunting]

Linnaeus
1735[1]
2 alam
Haeckel
1866[2]
3 alam
Chatton
1925[3][4]
2 empayar
Copeland
1938[5][6]
4 alam
Whittaker
1969[7]
5 alam
Woese et al.
1977[8][9]
6 alam
Woese et al.
1990[10]
3 domain
Cavalier-Smith
2004[11]
6 alam
(not treated) Protista Prokaryota Mychota Monera Eubakteria Bakteria Bakteria
Archaebacteria Archaea
Eukaryota Protoctista Protista Protista Eukarya Protozoa
Chromista
Vegetabilia Plantae Plantae Plantae Plantae Plantae
Protoctista Fungi Fungi Fungi
Animalia Animalia Animalia Animalia Animalia Animalia


Contoh [sunting]

Manusia (Homo sapiens) [sunting]

Domain Eukarya
Alam Haiwan
Filum Kordata
Subfilum Vertebrata
Kelas Mamalia
Subkelas Theria
Infrakelas Eutheria
Order Primat
Suborder Haplorrhini
Famili/Keluarga Hominidae
Genus Homo
Spesies H. sapiens

Rujukan [sunting]

  1. C. Linnaeus (1735). Systemae Naturae, sive regna tria naturae, systematics proposita per classes, ordines, genera & species. 
  2. E. Haeckel (1866). Generelle Morphologie der Organismen. Reimer, Berlin. 
  3. É. Chatton (1925). "Pansporella perplexa. Réflexions sur la biologie et la phylogénie des protozoaires". Ann. Sci. Nat. Zool 10-VII: 1–84. 
  4. É. Chatton (1937). Titres et Travaux Scientifiques (1906–1937). Sette, Sottano, Italy. 
  5. H. Copeland (1938). "The kingdoms of organisms". Quarterly review of biology 13: 383–420. doi:10.1086/394568. 
  6. H. F. Copeland (1956). The Classification of Lower Organisms. Palo Alto: Pacific Books. 
  7. Whittaker RH (January 1969). "New concepts of kingdoms of organisms". Science 163 (863): 150–60. doi:10.1126/science.163.3863.150. PMID 5762760. 
  8. C. R. Woese, W. E. Balch, L. J. Magrum, G. E. Fox and R. S. Wolfe (August 1977). "An ancient divergence among the bacteria". Journal of Molecular Evolution 9 (4): 305–311. doi:10.1007/BF01796092. PMID 408502. 
  9. Woese CR, Fox GE (November 1977). "Phylogenetic structure of the prokaryotic domain: the primary kingdoms". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 74 (11): 5088–90. doi:10.1073/pnas.74.11.5088. PMC 432104. PMID 270744. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC432104/. 
  10. Woese C, Kandler O, Wheelis M (1990). "Towards a natural system of organisms: proposal for the domains Archaea, Bacteria, and Eucarya.". Proc Natl Acad Sci U S A 87 (12): 4576–9. doi:10.1073/pnas.87.12.4576. PMC 54159. PMID 2112744. http://www.pnas.org/cgi/reprint/87/12/4576. 
  11. Cavalier-Smith, T. (2004), "Only six kingdoms of life", Proc. R. Soc. Lond. B 271: 1251–62, doi:10.1098/rspb.2004.2705, PMID 15306349, http://www.cladocera.de/protozoa/cavalier-smith_2004_prs.pdf, capaian 2010-04-29