Pengepungan Babylon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengepungan Babylon berlangsung pada tahun 539–538 BCE di Mesopotamia; kini Iraq di antara Parsi yang diketuai oleh Raja Cyrus II dengan Babylon yang diketuai oleh Nabonidus. Pertempuran ini penting kerana ia mengakibatkan kemusnahan Babylon.

Raja Cyrus II (juga dikenali sebagai Cyrus Agung dari Parsi) telahpun mengalahkan dan menakluk Lydia. Selepas menyerap Lydia sebagai sebahagian dari negaranya adalah lumrah bagi Raja Cyrus II untuk bergerak menentang sekutu Lydia, iaitu Babylon. Kuasa Raja Nabonidus di Babylon adalah lemah kerana dia mendapat takhta sebagai jeneral yang berjaya dan bukannya mewarisinya, dan dia turut membangkitkan kemarahan rakyatnya dengan memuja Dewi Sin, dewi bulan, menggantikan Dewa Marduk, dewa Babylon sebelum itu.

Nabonidus telah menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya jauh dari ibu kotanya melancarkan kempen di tanah asing termasuh di Harran, di mana dia menubuhkan kuil bagi Dewi Sin. Di tanah Arab, Nabonidus menakluk beberapa osis sejauh Madinah. Cyrus pula telah mengambil peluang dengan membuat perhubungan dengan ketua agama Babylon yang disingkirkan, menjamin mereka sokongannya bagi amalan keagamaan tradisi mereka.

Sebaik sahaja mendapat tahu mengenai usaha Raja Cyrus II, Nabonidus menerima Marduk dan memerintah semua patung para dewa dihimpunkan di Babylon bagi mengukuhkan semangatnya.

Terdapat dua kisah yang berlainan mengenai bagaimana Cyrus menawan Babylon. Yang pertama menyatakan bahawa Cyrus II mengalahkan pihak Babylon di Opis, bekas ibu kota Akkadia, dan memusnahkan bandar tersebut. Mendengarkan ini, bandar Sippar menyerah pada Cyrus, menyebabkan Nabonidus lari dari Babylon dan Cyrus masuk dengan aman ke bandar tersebut pada bulan Oktober.

Kisah kedua pula sebagaimana dikisahkan oleh sejarahwan Yunani Herodotus dan disokong oleh bab Daniel dan Jeremiah dalam Bible, sungguhpun Daniel tersilap menyatakan Darius sebagai raja Persia dan Belshazzar sebagai raja Babylon. (Belshazzar merupakan anak Nabonidus dan memerintah bandar tersebut ketika bapanya berkempen jauh.) Kisah ini memberitahu mengenai kepungan besar antara 539–538 BCE. Ia memberitahu bagaimana Cyrus tiba dan dengan pantas mengelilingi tembok bandar tersebut dengan tenteranya, dengan itu menyekat Babylon dari bantuan luar. Dengan menunggang kuda, ida memeriksa kedudukan tentera dan memerintah tenteranya untuk bersedia bagi pengepungan.

Cyrus samaada telah mendapat nasihat mengenai cara menawan bandar tersebut atau dia mencipta strateginya sendiri untuk melakukannya. Dia memerintah pembinaan sistem perparitan bulat mengelilingi bandar dan parit yang cukup dalam bagi menakung air dari sungai Euphrates, yang merentasi Babylon melalui bukaan di tembok bandar. Jurutera Parsi menyelaras usaha sehingga pada musim sejuk. Sungai Euphrates hanya dipisahkan dari perparitan oleh empangan ringkas yang boleh dibuka dengan mudah. Pihak Parsi turut membina menara yang diperbuat dari batang pokok palma, yang mendorong pihak Babylon mempercayai bahawa musuh mereka bertujuan untuk memaksa mereka menyerah akibat kebuluran. Pihak berkuasa dalam bandar tersebut tidak bimbang kerana mereka memiliki simpanan makanan yang mencukupi untuk beberapa tahun.

Pada awal 538 Cyrus bersedia untuk melancarkan serangannya, yang diselaraskan olehnya dengan permulaan perayaan Babylon yang penting. Pada waktu petang ketika penduduk Babylon terleka dengan upacara mereka, Cyrus memerintah empangan di buka dan sungai Euphrates dilencongkan. Sungai yang biasanya cukup dalam sehinggakan bukaan pada tembok tidak memberi ancaman yang serius dari musuh. Apabila sungai dilencongkan, alirannya cukup rendah sehinggan pihak tentera pejalan kaki Parsi dan pasukan berkuda mereka meranduk tebing sungai yang baru terbentuk memasuki Babylon itu sendiri.

Serangan pihak Parsi mengejutkan penduduk Babylon sepenuhnya dan bandar itu kemudiannya ditawan. Cyrus dikatahui sering membiarkan raja yang dikalahkannya terus hidup, dan ini mungkin juga bagi Nabonidus. Cyrus, bagaimanapun memerintahkan agar Babylon dimusnahkan. Sebagaimana yang tercatat dalam penulisan Jeremiah dalam Bible (Jeremiah 51:29 and 51:37). Dengan kemusnahan Babylon, Cyrus menawan Jerusalem dan membenarkan orang Yahudi di Babylon yang ingin untuk kembali ke Jerusalem, mengakhiri penawanan orang-orang Yahudi di Babylon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Cook, J. M. The Persian Empire. New York: Schocken Books, 1983.
  • Herodotus. The History of Herodotus. Edited by Manuel Komroff. Translated by George Rawlinson. New York: Tudor Publishing, 1956.
  • Lamb, Harold. Cyrus the Great. Garden City, NY: Doubleday, 1960.
  • Melegari, Vezio. The Great Military Sieges. New York: Crowell, 1972.
  • Xenophon. Cyropaedia. Translated by Walter Miller. Cambridge: Harvard University Press, 1979.