Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang adalah sebuah jawatan politik tertinggi di dalam gabungan parti-parti politik Barisan Nasional di peringkat negeri Pulau Pinang, Malaysia yang disandang oleh parti Gerakan sejak (1975). Jawatan ini menjadi isu di antara parti Gerakan dan UMNO yang menjadi komponen-komponen parti teras di dalam Barisan Nasional. UMNO sebagai parti teras Barisan Nasional merelakan Gerakan menjadi pengerusi Barisan Nasional di Pulau Pinang. UMNO tidak pernah merasa jawatan 'Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang' apalagi 'Ketua Menteri Pulau Pinang'. Jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak 1969, Ketua Menteri Pulau Pinang disandang oleh presiden Gerakan ketika itu iaitu Datuk Dr Lim Chong Eu. Asalnya Dr Lim menjadi pengerusi Parti Radikal. Kemudian beliau menjadi Pengerusi MCA. Apabila berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman berhubung tuntutan 40 kerusi, beliau menubuhkan parti baru , Gerakan dan menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969.

Apabila Lim Chong Eu bersara, jawatan presiden diserahkan kepada Dr Lim Keng Yaik dari parlimen Beruas, Perak. Ketua Menteri Pulau Pinang diserahkan kepada Dr Koh Tsu Koon yang kemudiannya dilantik menjadi Presiden Gerakan. Prestasi Gerakan merosot teruk di bawah kepimpinan bekas pensyarah USM ini.

Kemaraan Setiausaha Agung DAP , Lim Kit Siang dan Presiden DAP Karpal Singh di Pulau Pinang berjaya disekat. DAP menganjurkan Projek Tanjung 1, II dan III. Namun pada 8 Mac 2008, kemaraan DAP di Pulau Pinang tidak dapat disekat lagi kerana hasil gandingan Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim merupakan anak jati Pulau Pinang. Isterinya Wan Azizah Wan Ismail menang bertanding di parlimen Permatang Pauh. Tiga pilihan raya kecil di Pulau Pinang pada 2008 , menyaksikan Pakatan Rakyat terus kukuh dan utuh di negeri itu. Sungguhpun Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berasal dari Kepala Batas,Pulau Pinang, tetapi pengaruhnya tidak seberapa, tidak dapat mengelabui pengaruh Anwar Ibrahim (2008) .

Tuntutan Ketua Menteri Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Kaum Cina di Pulau Pinang cukup bimbang jika jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada UMNO. Cina Pulau Pinang terbahagi kepada 3 iaitu Gerakan,MCA dan DAP. Orang Melayu pula berpecah kepada dua iaitu UMNO dan PKR. PAS hanya menang satu kerusi iaitu di Permatang Pasir - itupun mengalami krisis calon meletakkan jawatan.

Tuntutan UMNO Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 menyaksikan Gerakan dan MCA kalah teruk, kalah kesemua kerusi pilihan raya di Pulau Pinang. Tuntutan sebenar UMNO ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. MCA pernah juga menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana MCA juga pernah menang besar . Walaupun prestasi Gerakan semakin merosot, tetapi Gerakan masih mahu mempertahankan jawatan itu demi survival partinya. Jika jawatan itu pun diserahkan kepada UMNO, maruahnya akan tercabar. Sememangnya maruah Gerakan tidak ada dalam masyarakat Melayu Pulau Pinang (2008).

Pada 20 Disember 2009, Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahukan jawatan itu berdasarkan nisbah kerusi yang dimenangi. UMNO menang 11 kerusi DUN. Sedangkan MCA dan Gerakan tiada sebarang kerusi. Semua kerusi DUN dan parlimen di Pulau Pinang dirampas oleh DAP dan PKR . Dalam PRU13 nanti, kerusi UMNO, Gerakan dan MCA mungkin semakin teruk jika tidak diperbaiki. Pergolakan dalaman Barisan Nasional dikatakan akan menjejaskan masa depan BN. Alasan dan amaran itu selalu diberikan oleh Gerakan sejak sekian lama, tetapi akhirnya BN tersungkur juga di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid juga mendesak agar Yang di-Pertuan Agong menyerahkan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kepada UMNO, bukan kepada kerajaan negeri (DAP-PKR-PAS). Tidak dapat dipastikan apakah logik permintaan ini.Rombongan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong , Sultan Mizan Zainal Abidin. Yang Dipertua MAIPP , Shabudin Yahaya yang juga ADUN Permatang Berangan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember 2009.[1]

Persepsi masyarakat Melayu di Pulau Pinang ialah Gerakan gagal memperbaiki nasib orang Melayu di pulau. Bilangan penduduk Melayu di Pulau Pinang semakin mengecil dan berhijrah ke tanah besar. Penduduk Melayu bandar semakin 'lari' ke Balik Pulau.[2] Nasib baiklah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membina Jambatan Pulau Pinang. Dapatlah buruh kilang dari Seberang Perai, selatan Kedah dan utara Perak bekerja di pulau.

Koh Tsu Koon yang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri berulang-kali menegaskan bahawa isu ini akan merosakkan imej BN dan UMNO. Keputusan BN mestilah berasaskan realiti semasa, nisbah kerusi dan amalan demokrasi. Andainya Gerakan menang besar dan bangit gagah dalam PRU13,jawatan itu hendaklah diserahkan kepada Gerakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]