Pengglikosilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengglikosilan atau glikolisasi (lihat pengglikosilan kimia juga) ialah tindak balas yang melibatkan karbohidrat, iaitu satu penderma glikosil, disambungkan dengan hidroksil atau kumpulan fungsi lain molekul lain (satu penerima glikosil). Dalam biologi, pengglikosilan terutamanya secara tertentu merujuk proses enzim yang menyambungkan glikan dengan protein, lipid, atau molekul organik. Proses enzim ini menghasilkan salah satu biopolimer asasi dijumpai di dalam sel (bersama dengan DNA, RNA, dan protein). Pengglikosilan ialah satu bentuk kotranslasi dan pengubahsuaian pascatranslasi. Glikan mempunyai pelbagai peranan struktur dan fungsi di dalam membran dan protein terembes.[1] Kebanyakan protein mensintesis di dalam retikulum endoplasmik kasar melalui pengglikosilan. Ini merupakan proses spesifik tapak terarah enzim, bertentangan dengan tindak balas kimia bukan enzim pengglikatan. Pengglikosilan juga hadri di dalam sitoplasma dan nukleus sebagai pengubahsuaian O-GlcNAc. Lima kelas glikan dihasilkan:

  • Glikan terkait N disambungkan dengan nitrogen rantai sisi asparagina atau arginina. Pengglikosilan terkait N memerlukan penyertaan satu lipid khas dipanggil fosfat dolikol.
  • Glikan terkait O disambungkan dengan okisgen hidroksi rantai sisi serina, treonina, tirosina, hidroksilisina, atau hidroksiprolina, atau dengan oksigen pada lipid seperti seramida.
  • Fosfoglikan tersambung melalui fosfat fosfoserina;
  • Glikan terkait C, satu bentuk pengglikosilan jarang melibatkan satu gula ditambahkan kepada satu karbon terhadap rantai sisi triptofan.
  • Pengglipiatan, yang merupakan tambahakn satu sauh GPI yang menyambungkan protein dengan lipid melalui hubungan rangkaian glikan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. suntingan Ajit Varki ... (2009). Essentials of Glycobiology. Ajit Varki (ed.) (edisi 2). Cold Spring Harbor Laboratories Press. ISBN 978-0-87969-770-9. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pengubahsuaian pascatranslasi protein Templat:Metabolisme