Pengguna:Didie/Kotak pasir/Laman utama
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kini, terdapat lebih 136,509 buah rencana dan 93,317 orang pengguna berdaftar.
|
|
Rencana pilihan
|
Shin Megami Tensei: Persona 3 (ペルソナ3, Perusona 3?) ialah judul keempat di dalam siri permainan video RPG berkonsol Persona. Persona 3 direka dan diterbitkan oleh Atlus Co. untuk sistem konsol Sony PlayStation 2 pada 2006. Sebuah bab baru dan beberapa tambahan lain telah dicipta dalam judul tambahan Persona 3: FES, yang dikeluarkan pada 2007.
Persona 3 membawa para pemain mengawal kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang menyertai SEES-iaitu Specialized Extracurricular Execution Squad-untuk menentang Shadow dan makhluk lain yang muncul dalam waktu Dark Hour, iaitu waktu yang berlalu di antara satu hari dan hari seterusnya, setiap hari, yang hanya disedari oleh sebilangan manusia sahaja. Para pemain menggunakan senjata dan kebolehan sihir menerusi penggunaan "Persona" untuk mengalahkan musuh di dalam sebuah sistem bertarung mengikut giliran. Salah satu ciri yang ironik dalam judul ini dilihat apabila watak-wataknya menyeru Persona mereka: dengan menarik picu Evoker yang menyerupai sepucuk pistol, yang disasarkan di kepala mereka, yang tidak mencederakan mereka, tetapi memberi tekanan emosi yang mencukupi untuk memanggil keluar Persona tersebut. Selain daripada elemen-elemen biasa yang dilihat dalam RPG lain, Persona 3 juga mempunyai elemen simulasi janji temu yang serupa dengan corak permainan The Sims, mengikut perjalanan watak-wataknya menerusi pergerakan hari demi hari di dalam satu tahun sekolah, mengembangkan hubungannya dan mencipta rantai-rantai sosial untuk mengukuhkan Persona yang digunakan dalam pertarungan.
|
|
|
Gambar pilihan
|
Radom yang dipasang di Misawa, Jepun.
Tiga buah radom di Pusat Operasi Kriptologik, Pangkalan Udara Misawa, Jepun. Radom merupakan satu binaan kalis cuaca yang digunakan bagi melindungi antena. Kegunaan utamanya adalah untuk menghalang pembentukkan ais (berpunca daripada hujan air batu) daripada terkumpul dipermukaan logam antena.
|
|
Adakah anda tahu...
|
- "... bahawa Liga Perdana India ialah liga sukan bergaji kedua tertinggi di dunia?"
- "... bahawa selain gen, penentuan jantina boleh juga ditentukan oleh faktor persekitaran mahupun sosial?"
- "... bahawa serakan merupakan proses fizik am yang mana sesetengah bentuk sinaran seperti cahaya atau bunyi dipaksa menyimpang daripada trajektori yang lurus?"
- "... bahawa pengecam objek digital merupakan rentetan aksara yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu objek elektronik secara unik?"
- "... bahawa tabiat berpindah-randah kupu-kupu Monarch mengambil masa hayat tiga atau empat keturunan?"
|
|
|
|
Bahasa lain
|
Wikipedia dalam bahasa lain |
terjemah
|
|