Pengguna:Zapata1125

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ini adalah laman pengguna Wikipedia.

Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Zapata1125.

Wikimedia Foundation
Wikimedia Foundation


Info
Pengguna ini berasal dari Malaysia.
Pengguna ini berasal dari negeri Sabah.
Pengguna ini seorang lelaki.
Pengguna ini beragama Kristian Katolik.
Taurus Pengguna ini berzodiak Taurus.
Zapata1125
Maklumat am
Lesen
Memandu
Pengguna ini mempunyai lesen memandu.
Pengguna ini meminati sukan bola sepak.
Pengguna ini menyokong Parti Keadilan Rakyat.
frames Pengguna ini meminati SpongeBob SquarePants.
Pengguna ini penyokong kuat toleransi agama.

Fakta-fakta menarik tentang saya[sunting | sunting sumber]

  • Lahir dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
  • Beragama Kristian Katolik.
  • Meminati sukan bola sepak, badminton, bola keranjang, tenis, gusti, MMA, tinju, dll.
  • Menyokong kelab bola sepak AC Milan dan pasukan bola sepak kebangsaan Itali.
  • Menyokong semua kelab Liga Perdana Inggeris kecuali Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Chelsea.
  • Lebih banyak bermain permainan komputer klasik seperti siri The Secret of Monkey Island, Leisure Suit Larry, Final Fantasy dan Chrono Trigger versi SNES, dll berbanding game moden.
  • Kurang menggemari muzik moden dan terlalu mainstream.
  • Muzik yang diminati adalah seperti dari Iron Maiden, Manowar, Pink Floyd, Yngwie Malmsteen, Rainbow, Pearl Jam, Steve Vai, dll.
  • Ingin belajar bermain gitar.
  • Menggemari anime.
  • Berpendapat bahawa teknologi yang keterlaluan boleh merosakkan umat manusia.
  • Berfikiran terbuka tetapi tetap mementingkan ajaran agama.
  • Mengutuk perang dan terrorism.
  • Menyokong revolusi dan reformasi.
  • Paling benci sikap hipokrit, prejudis dan double-standard.
  • Ingin memberi keadilan kepada semua tak kira bangsa, agama atau kedudukan.
  • Bangga kerana dapat menyumbang dalam Wikipedia.
  • Benci pada vandalisme dalam Wikipedia walaupun kekadang merasakan ada juga yang lucu.
  • Ingin menjadi wikipedian yang baik.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

  • Saya sangat mengagumi tokoh revolusi Mexico, Emiliano Zapata dan gerakan Zapatista.
  • Sewaktu kanak-kanak, pada suatu malam saya menonton rancangan Quantum Leap di televisyen dan dalam episod ketika itu terdapat seorang banduan yang bernombor 1125. Nombor itu melekat ke otak saya sehingga kini.
  • Zapata + 1125 = Zapata1125 :)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Saya mula menggunakan rencana Wikipedia Bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan sejak 2006 tetapi tidak pernah terfikir untuk mendaftar atau menyumbang. Saya cuma mendaftar pada tahun ini (2008) dan mendapati bahawa syntax dalam Wikipedia ini agak mudah untuk dipelajari. Pada mulanya saya berhasrat untuk lebih memberikan perhatian pada Wikipedia Bahasa Inggeris tetapi setelah melihat keadaan Wikipedia Bahasa Melayu ini yang menyedihkan di mana banyak artikel yang tidak lengkap dan juga link merah, saya membuat keputusan untuk menyumbangkan lebih banyak artikel di sini.

Walaubagaimanapun, masalah saya adalah saya tidak mempunyai akses internet yang tetap ketika ini. Disebabkan itu saya tidak mampu memberikan sumbangan yang banyak buat masa ini.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Antara rencana yang saya telah cipta, kembangkan atau terjemahkan setakat ini yang saya rasa bangga adalah:

Harapan[sunting | sunting sumber]

  • Saya akan cuba sedaya upaya untuk bersikap neutral dalam penyuntingan rencana.
  • Saya berharap untuk mencapai sekurang-kurangnya 1000 suntingan.
  • Saya berharap untuk mempelbagaikan sumbangan saya apabila saya mendapat akses internet tetap. Bukan sahaja mengenai biografi, politik dan bola sepak tetapi juga topik-topik yang lain.
  • Saya ingin melihat rencana yang lebih berkualiti di Wikipedia Bahasa Melayu ini dan berharap setiap penyumbang bersikap profesional dan bertanggungjawab.
  • Saya berharap Wikipedia Bahasa Melayu ini akan setanding dengan Wikipedia bahasa lain. Saya lihat rencana Wikipedia Bahasa Indonesia jauh lebih baik daripada Wikipedia Bahasa Melayu. Oleh itu, saya berazam untuk memperbaiki rencana-rencana di sini agar ia boleh menjadi bahan rujukan untuk setiap orang yang mungkin kurang memahami Bahasa Inggeris.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]