Pengguna (pengkomputan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengguna ialah orang yang menggunakan sesebuah komputer atau perkhidmatan Internet.

Pengguna, dalam bidang pengkomputan, ialah orang yang menggunakan sesebuah komputer atau perkhidmatan Internet. Mereka mempunyai akuan pengguna yang mengenalnya menerusi nama pengguna, nama skrin, atau "handel", sepatah istilah yang diterbitkan daripada istilah radio Jalur Rakyat yang serupa. Untuk log masuk ke dalam sesuatu akaun, pengguna biasanya diperlukan mengesahkan diri dengan kata laluan atau akuan yang lain bagi tujuan perakaunan, keselamatan, pengelogan, dan pengurusan sumber. Untuk perbincangan tentang kepuasan pengguna, lihat kepuasan pengguna komputer.

Pengguna juga dicirikan secara meluas sebagai golongan yang menggunakan sistem tanpa kepakaran teknik yang sempurna untuk memahami sistem dengan sepenuhnya. Dalam kebanyakan konteks berkait penggodam, pengguna juga dibahagikan kepada luser dan pengguna kuasa, dengan yang kedua ini melambangkan sikap "tahu akan semua". Lihat juga pengguna akhir (sains komputer).

Semantik[sunting | sunting sumber]

Akaun pengguna membenarkan seseorang mengesahkan diri kepada perkhidmatan sistem. Ia umumnya juga memberi peluang untuk mengizinkan capaian. Bagaimanapun, pengesahan tidak semestinya bermaka pengizinan.

Sebaik sahaja seseorang pengguna log masuk, sistem pengendalian seringnya akan menggunakan pengecam seperti integer untuk merujuk kepadanya, bukan nama pengguna. Dalam sistem Unix, ini dikenali sebagai pengecam pengguna atau user id.

Sistem komputer boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, berdasarkan jenis pengguna yang dimiliki oleh sistem itu:

  • sistem pengguna tunggal tidak memiliki konsep banyak akaun pengguna;
  • sistem berbilang pengguna mempunyai konsep tersebut dan memerlukan pengguna mengenal diri sebelum menggunakan sistem.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rencana ini pada asalnya berdasarkan bahan daripada Free On-line Dictionary of Computing yang dilesenkan di bawah GFDL.