Penghibur Cedric
| Cedric the Entertainer | |
|---|---|
| Lahir | 24 April 1964 (49 tahun) Jefferson City, Missouri |
Cedric Antonio Kyles (lahir 24 April 1964 (49 tahun)) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat, yang terkenbal dengan nama pentasnya Penghibur Cedric (Cedric the Entertainer). Dia merupakan seorang pelakon, pelawak, dan pengarah. Dia paling dikenali sebagai bintang bersama sitkom The WB Television Network The Steve Harvey Show, sebagai Eddie dalam filem Barbershop, dan sebagai salah seorang dari empat pelawak yang ditonjolkan dalam filem Spike Lee, The Original Kings of Comedy.
Kehidupan awal [sunting]
Cedric dilahirkan di Bandar Jefferson, MO dan merupakan anak pada Rosetta Boyce, guru sekolah, dan Kitrell Kyles, pekereja syarikat kereta api.[1] Adik perempuannya Sharita Kyles Wilson, merupakan jurulatih perhubungan tambahan di Universiti Missouri di Columbia, Missouri.[2][3] Dia dibesarkan di Caruthersville, Missouri, tetapi selepas sekolah menengah rendah dia berpindah ke Berkeley, Missouri. Cedric menamatkan Sekolah Menengah Berkeley di timur laut pinggir bandar St. Louis.[4] Dia meneruskan pembabitannya dengan bekas sekolahnya dengan memberi anugerah biasiswa setiap tahun pada lepasan senior melalui Cedric the Entertainer Charitable Foundation Inc. Moto Amanah itu adalah, "Capai Keluar...Beri Kembali." Cedric khusus dalam Perhubungan Awam di Universiti Southeast Missouri State dan bekerja sebagai penyelaras tuntutan insuran Negeri, dan guru pengganti sekolah menengah sebelum menjadi pelawak penuh masa. Dia juga merupakan ahli Kappa Alpha Psi.
Pautan luar [sunting]
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan