Penghidup elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Motor penghidup elektrik kereta moden.

Penghidup elektrik (juga dipanggil "motor penghidup" atau sekadar "penghidup" sahaja) merupakan sebuah motor elektrik yang memberikan pergerakan putaran pada enjin pembakaran dalaman pada kereta atau motosikal sebelum ia boleh bergerak sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penghidup elektrik era 1920an.

Kedua-dua enjin petrol dan enjin diesel sama ada 2 lejang atau 4 lejang memerlukan omboh untuk bergerak sebelum fasa penyalaan. Dengan kata lain, enjin mestilah digerakkan dahulu menggunakan daya luaran sebelum ia dapat bergerak sendiri. Asalnya, engkol tangan digunakan untuk menghidupkan enjin, tetapi ia tidak menyenangkan malah ada kalanya ia boleh menjadi satu kerja berat. Menghidupkan enjin dengan engkol tangan juga ada kalanya sangat berbahaya.

Walaupun engkol tangan mempunyai mekanisme gerakan lebih bagi mencegahnya, namun apabila enjin berjaya dihidupkan, engkol tersebut boleh berputar bersama-sama aci engkol. Tambahan pula, pemasaan penyalaan perlu ditala dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan nyalaan balikan - dengan tetapan yang salah, enjin boleh menendang (berputar pada arah terbalik) serta menarik engkol bersama-samanya, memandangkan mekanisme gerakan lebih hanya berfungsi sehala sahaja. Jika keadaan tersebut berlaku, ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemandu, sama ada ringan ataupun berat. Enjin dengan nisbah mampatan yang tinggi juga sangat sukar dihidupkan menggunakan engkol tangan, memandangkan ia memerlukan lebih kekuatan fizikal.

Masalah tersebut mula diatasi seawal tahun 1899, apabila Clyde J. Coleman memohon U.S. Patent 745,157  bagi penghidup sendiri elektrik kereta — ciptaan yang dapat berfungsi dengan jayanya dalam semua keadaan masih belum dihasilkan sehinggalah tahun 1911 apabila Charles F. Kettering dari Dayton Electric Laboratories (DELCO) mencipta dan memfailkan U.S. Patent 1,150,523  bagi penghidup elektrik pertama yang benar-benar berguna. Penghidup tersebut mula dipasang oleh Cadillac pada kereta Cadillac Model Thirty pada tahun 1912. Penghidup tersebut juga boleh berfungsi sebagai penjana elektrik sebaik enjin bergerak, satu konsep yang kini dihidupkan semula dalam kenderaan hibrid. Ford Model T terus menggunakan engkol tangan sehingga tahun 1919; menjelang tahun 1920, kebanyakan pengeluar mula memasang penghidup elektrik pada kereta.

Bahagian utama penghidup elektrik[sunting | sunting sumber]

Penghidup elektrik yang diceraikan.

Bahagian utama sesebuah penghidup elektrik adalah seperti berikut (sila rujuk gambar):-

  1. Perumah
  2. Klac lampau gerak dan gear penghidup - berfungsi menyambung dan memutuskan hubungan kuasa dari rotor ke gear penghidup.
  3. Gegelung rotor
  4. Gegelung stator
  5. Berus karbon
  6. Solenoid - berfungsi untuk menolak gear penghidup ke roda tenaga atau menariknya kembali. Selain itu, solenoid juga berfungsi sebagai geganti untuk menyambung atau memutuskan bekalan arus elektrik yang tinggi ke motor penghidup.

Semasa suis penghidup elektrik dihidupkan, arus elektrik yang kecil mengalir ke solenoid, menolak gear penghidup ke roda tenaga serta menyambungkan bekalan arus tinggi ke motor penghidup dalam masa yang sama. Seterusnya, motor elektrik membekalkan gerakan putaran pada enjin sehinggalah ke takat di mana enjin sudah boleh dijalankan sendiri. Pada takat ini, aliran kuasa dari motor elektrik mestilah diputuskan kerana semasa enjin sudah hidup, ia akan mengakibatkan motor elektrik berputar terlalu laju sehingga boleh merosakkan motor penghidup itu sendiri. Klac lampau gerak memutuskan hubungan kuasa dari motor penghidup, dan apabila suis penghidup dilepaskan, gear penghidup ditarik semula, memutuskan sepenuhnya hubungan kuasa dengan enjin.

Jenis penghidup lain[sunting | sunting sumber]

Penghidup tendang[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Penghidup tendang

Penghidup tendang merupakan satu kaedah yang digunakan bagi menghidupkan enjin dengan menendang ke bawah tuas penghidup, yang disambungkan ke enjin melalui satu gear sala, dengan kaki. Sebelum tahun 1970an, semua motosikal dihidupkan dengan menggunakan penghidup tendang, tetapi sejak pertengahan dekad 1970an motosikal yang lebih besar mula menggunakan penghidup elektrik. Kini, hanya motosikal kecil serta skuter kecil sahaja yang masih dilengkapi penghidup tendang.

Penghidup tarik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Penghidup tarik

Penghidup tarik merupakan satu kaedah yang paling lazim digunakan untuk menghidupkan enjin kecil seperti pada mesin rumput dan gergaji rantai. Ia terdiri daripada tali yang disambungkan ke gear sala pada aci engkol. Pengguna menghidupkan enjin dengan menarik tali penghidup tersebut.

Penghidup pneumatik[sunting | sunting sumber]

Sesetengah turbin gas serta enjin diesel yang lebih besar, seperti pada lori besar, menggunakan penghidup pneumatik. Penghidup pneumatik terdiri daripada satu turbin yang disambungkan pada roda tenaga sebagaimana penghidup elektrik, serta satu sistem pneumatik pusat yang turut dikongsi bersama-sama sistem brek pneumatik. Semasa suis penghidup dihidupkan, belakan udara mampat dilepaskan pada turbin untuk menghidupkan enjin.

Enjin penghidup sampingan[sunting | sunting sumber]

Bagi enjin yang sangat besar seperti pada kapal, sebuah enjin sampingan yang lebih kecil turut dipasang pada enjin utama bagi tujuan menghidupkan enjin. Bagi sesetengah aplikasi, kedua-dua enjin tersebut boleh berkongsi sistem sejukan dan sistem pelinciran. Penggunaan kaedah ini mampu memanjangkan hayat enjin di samping menjadikan enjin utama lebih mudah dihidupkan.

Penghidup statik[sunting | sunting sumber]

Satu lagi cara yang boleh digunakan bagi menghidupkan enjin ialah dengan menggunakan kaedah penghidup statik. Ia tidak memerlukan sebarang motor elektrik, tetapi menggunakan alat-alat pengesan bagi menentukan kedudukan sebenar setiap omboh, kemudiannya mengatur pemasaan sistem suntikan bahan api serta sistem penyalaan untuk memutarkan enjin.[1] Sungguhpun demikian, kaedah ini masih lagi dalam peringkat pembangunan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Paten[sunting | sunting sumber]