Penghidup tarik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penghidup tarik digunakan untuk menghidupkan enjin JPX PUL 425 yang menggerakkan kapal terbang ringan Lazair II.

Penghidup tarik merujuk kepada kaedah menghidupkan enjin pembakaran dalaman, biasanya enjin kecil, seperti pada mesin rumput, gergaji rantai, kapal terbang ringan serta penjana elektrik mudah alih. Namun demikian, ada di antara mesin-mesin tersebut yang menggunakan penghidup elektrik di beberapa negara. Ia juga digunakan pada beberapa kenderaan kecil seperti go-kart kecil, pocket bike, dan ATV kecil.

Penghidup tarik terdiri daripada seutas tali dengan penggenggam pada hujungnya, yang dililit pada gear sala pada bahagian penghujung aci engkol. Apabila penggenggam tali tersebut ditarik, tali tersebut memutar aci engkol untuk menghidupkan enjin. Setelah enjin dihidupkan, roda tenaga terus berputar dan enjin sudah hidup. Jika penggenggam tersebut tidak dilepaskan dengan cermat, ia boleh merosakkan penghidup dengan menyebabkan tali tersangkut atau terbelit dalam mekanismenya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bahagian kenderaan tunas Rencana berkaitan komponen atau bahagian kenderaan ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.