Penghulu Naam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penghulu Naam
Penghulu Luak Ulu Muar
Dalam jawatan
1750-an – 1770-an
Didahului olehjawatan baharu
Digantikan olehDato' Mindek
Butiran peribadi
LahirNaam bin Khatib Akhir
IbuTengkis binti Dato Bayan (puteri Penghulu Inas)
BapaKhatib Akhir (suku Seri Lemak Pahang)

Penghulu Naam ialah seorang pemimpin masyarakat pra-merdeka di Negeri Sembilan, Tanah Melayu (kini Malaysia). Beliau ialah penghulu luak Ulu Muar yang pertama[1]. Beliau ialah bapa mertua kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan pertama, Raja Melewar. Puteri beliau, Cik Seni (atau Sani) telah berkahwin dengan Raja Melewar[2].

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapa Naam bernama Khatib Akhir. Beliau ialah ketua orang Minangkabau di Seri Menanti, dari suku Seri Lemak Pahang. Ibunya bernama Tengkis atau dikenali dengan 'Senduk Emas'. Tengkis ialah puteri kepada Penghulu Luak Inas kedua yang bernama Dato' Bayan. Perkahwinan Khatib Akhir dan Tengkis telah menjalnkan hubungan kekeluargaan di antara Luak Inas dan Seri Menanti. Tengkis dikatakan orang pertama memeluk agama Islam dan mengembangkannya di Luak Inas pada waktu itu[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Santapan tetamu diraja". Harian Metro. 18 Oktober 2018. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  2. ^ A Samad Idris; Dharmala NS; Haji Muhammad Tainu. Raja Melewar dan Yamtuan Negeri Sembilan (PDF). m/s. 3 – melalui Malaycivilization.
  3. ^ Wartawan Sinar Harian (15 Mei 2013). "LMNS naik taraf Makam Tengkis". Berita N9. Dicapai pada 21 Julai 2023.