Pengisytiharan Bersama China-British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengisytiharan Bersama China-British
Cina Tradisional: 中英聯合聲明
Cina Ringkas: 中英联合声明
Joint Declaration of the Government of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and the Government of the People's Republic of China on the Question of Hong Kong
Tulisan Tradisional: 中華人民共和國政府和大不列顛及北愛爾蘭聯合王國政府關於香港問題的聯合聲明
Tulisan Ringkas: 中华人民共和国政府和大不列颠及北爱尔兰联合王国政府关于香港问题的联合声明

Pengisytiharan Bersama China-British (bahasa Inggeris: Sino-British Joint Declaration), atau nama rasminya Pengisytiharan Bersama Kerajaan Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland Utara dan Kerajaaan Republik Rakyat China mengenai Persoalan Hong Kong (Joint Declaration of the Government of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and the Government of the People's Republic of China on the Question of Hong Kong), dimeterai oleh kedua-dua Perdana Menteri kepada kerajaan Republik Rakyat China (PRC) dan United Kingdom pada 19 Disember 1984 di Beijing.

Am[sunting | sunting sumber]

Pengisytiharan ini berkuatkuasa melalui pertukaran surat cara ratifikasi pada 27 Mei 1985, lalu didaftarkan oleh kerajaan-kerajaan PRC dan UK di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 12 Jun 1985. Menurut Pengisytiharan Bersama ini, Kerajaan PRC menyatakan hasratnya untuk memulihkan kedaulatannya terhadap wilayah Hong Kong (termasuk Pulau Hong Kong, Kowloon, dan Wilayah Baru) berkuatkuasa mulai 1 Julai 1997, manakala Kerajaan UK menyuarakan hasratnya untuk menyerahkan Hong Kong kepada PRC mulai 1 Julai 1997 juga. Kerajaan PRC turut menggariskan dasar-dasar terasnya mengenai Hong Kong dalam dokumen berkenaan.

Seiringan dengan rukun "satu negara, dua sistem" yang didukung oleh UK dan PRC, sistem sosialis yang diamalkan PRC tidak akan diamalkan dalam Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), tambah lagi sistem dan gaya hidup kapitalis Hong Kong tidak akan berubah selama 50 tahun. Pengisytiharan Bersama ini mensyaratkan bahawa dasar-dasar asas ini dinyatakan dalam Undang-undang Asas Hong Kong.

Latar[sunting | sunting sumber]

Pengisytiharan Bersama China-British berlatarkan luputnya pajakan Wilayah Baru pada 1 Julai 1997. Pajakan ini pernah dirundingkan antara pihak UK dan Maharaja Guangxu dari China zaman Dinasti Qing, selama 99 tahun mulai tahun 1898. Sewaktu pajakan ini dimeterai, Pulau Hong Kong telah pun diserahkan kepada UK secara berkekalan mengikut Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas Perang Candu Pertama, manakala Semenanjung Kowloon pun diserahkan kepada pihak UK secara berkekalan mengikut Konvensyen Peking pada tahun 1860 selepas Perang Candu Kedua.

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Pemeteraian Pengisytiharan Bersama ini oleh kerajaan Parti Konservatif pimpinan Margaret Thatcher menimbulkan kontroversi di Britain ketika itu, ada yang terkilan kerana Perdana Menteri yang berhaluan kanan ini merestui penyusunan ini dengan kerajaan Komunis China yang diwakili Deng Xiaoping. Pengisytiharan ini juga sepatutnya turut dimeterai oleh Ratu Elizabeth II dan Presiden China Li Xiannian.

Walau bagaimanapun, ramai yang mengatakan bahawa Britain didapati amat lemah daya rundingannya. Hong Kong tiada perlindungan tentera, lebih-lebih lagi menerima kebanyakan bekalan air dan makanan dari wilayah Guangdong di tanah besar China. Oleh itu, adalah mustahil dari segi ekonomi untuk membahagikan Hong Kong, iaitu pihak UK kekal penguasaannya di Pulau Hong Kong dan Kowloon sementara Wilayah Baru dikembalikan kepada pihak PRC pada tahun 1997, seandainya tiada persetujuan dapat dicapai pada masa itu. Oleh sebab pajak gadai hartanah di Hong Kong biasanya adalah selama 15 tahun, sekiranya tiada kata sepakat dicapai mengenai masa depan Hong Kong pada awal 1980-an, maka dikhuatiri bahawa pasaran hartanahnya akan runtuh, sekaligus melumpuhkan seluruh ekonomi Hong Kong. Kekangan dalam pajak tanah di Wilayah Baru turut menjadi masalah pada masa itu. Sebenarnya, ketika rundingan diadakan mengenai masa depan Hong Kong pada akhir 1970-an, perbincangan terakhir Pengisytiharan ini dikaitkan dengan faktor tanah dan hartanah.

Kesan[sunting | sunting sumber]

Selepas pengisytiharan dimeterai, sebuah Kumpulan Perhubungan Bersama China-British didirikan menurut Lampiran II dalam pengisytiharan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]