Pengkomputeran awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar rajah logik pengkomputeran awan

Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer ("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan").[1] Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka.[2] Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.[3][4]

Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya.[5] Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut: Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cloud Computing: Clash of the clouds". The Economist. 2009-10-15. Dicapai pada 2009-11-03.
  2. ^ Distinguishing Cloud Computing from Utility Computing
  3. ^ Gartner Says Cloud Computing Will Be As Influential As E-business
  4. ^ Gruman, Galen (2008-04-07). "What cloud computing really means". InfoWorld. Dicapai pada 2009-06-02.
  5. ^ The Internet Cloud

Pautan luar[sunting | sunting sumber]