Penglihatan burung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dengan mata yang menghadap ke hadapan, burung helang botak mempunyai penglihatan dwimata yang luas.

Penglihatan merupakan deria yang paling penting bagi burung kerana penglihatan yang baik dapat menentukan penerbangan yang selamat. Kumpulan burung mempunyai beberapa penyesuaian yang memberikan visual yang lebih baik berbanding vertebrat lain. Mata burung menyerupai mata reptilia dengan otot silium yang berkemampuan untuk mengubah bentuk kanta matanya dengan lebih cepat dan lebih luas daripada mata mamalia. Burung memiliki mata yang secara relatifnya paling besar dalam alam haiwan untuk saiz tubuh mereka dan pergerakan mata mereka juga terbatas oleh tulang rongga mata.[1] Selain mempunyai dua kelopak mata yang biasa dijumpai pada vertebrat, mata burung juga dilindungi oleh membran ketiga yang boleh bergerak dan lut sinar. Anatomi dalaman burung sama seperti vertebrat lain tetapi ia mempunyai struktur tambahan iaitu pekten okuli yang hanya terdapat pada burung sahaja.

Nota[sunting]

  1. Güntürkün, Onur, "Structure and functions of the eye" in Sturkie (1998) 1–18

Rujukan[sunting]