Pengoperasi logik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang logik, pengoperasi logik atau pengait logik ialah pengoperasi matematik yang digunakan pada ayat-ayat logik untuk membentuk ayat gabungan.

Berikut ialah beberapa pengoperasi logik:

Nama Simbol Hasil
Penafian (tak) ¬ atau ~ Palsu sekiranya kendaliannya benar, dan sebaliknya
Konjungsi (dan) \wedge atau & Benar sekiranya kedua-dua kendaliannya benar.
Disjungsi (atau) \vee Benar sekiranya satu daripada kendalian-kendaliannnya benar.
Bersyarat (jika...maka) \rightarrow, \Rightarrow atau \supset Palsu sekiranya kendalian pertama benar tetapi kendalian kedua palsu.
Dwisyarat (jika dan hanya jika) \leftrightarrow, \equiv, atau = Benar sekiranya kedua-dua kendaliannya benar atau kedua-dua kendaliannya palsu.

Katakan,

A: Hari ini hujan.
B: Ahmad menggunakan payung.

Maka kenyataan ¬A bermaksud "hari ini tidak hujan". Kenyataan A \rightarrow B pula bermaksud "jika hari ini hujan, maka Ahmad menggunakan payung", atau, dari sudut lain, "hari ini hujan hanya jika Ahmad menggunakan payung ".


input A input B output f(A,B) X and ¬X A and B ¬A and B B A and ¬B A A xor B A or B ¬A and ¬B A xnor B ¬A ¬A or B ¬B A or ¬B ¬A or ¬B X or ¬XLogical connectives table.svg
X or ¬X ¬A or ¬B A or ¬B ¬A or B A or B ¬B ¬A A xor B A xnor B A B ¬A and ¬B A and ¬B ¬A and B A and B X and ¬XLogical connectives Hasse diagram.svg
(file) (file) (zoom in)



[sunting] Dalam sains komputer

Selain logik, pengoperasi logik turut digunakan dalam bidang sains komputer, umpamanya untuk membina atur cara (lihat Boolean) dan litar berdigit (lihat get logik).

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain