Pengoptimuman enjin gelintar
|
|
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. |
Pengoptimuman enjin gelintar (SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari enjin gelintar ke sesuatu laman sesawang melalui hasil gelintaran "semula jadi" ("organik" atau "algoritma"). Biasanya, lebih awal sesuatu laman sesawang yang dapat dikemukakan dalam laman hasil gelintaran atau lebih tinggi "tempat"-nya, lebih banyak gelintar yang akan mengunjungi laman itu. SEO juga menyasarkan berbagai-bagai jenis gelintaran, termasuk gelintaran imej, gelintaran setempat, dan gelintaran menegak khusus industri.
Sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan kaitan sesuatu laman sesawang, SEO mempertimbangkan bagaimana algoritma gelintaran berfungsi dan apakah para pembaca sedang mencari. Usaha SEO melibatkan pengekodan, penyampaian dan struktur laman sesawang, serta juga penyelesaian masalah yang boleh menghalang atur cara pengindeksan enjin gelintar daripada melelabahkan sepenuhnya sesuatu tapak.
Usaha-usaha lain yang lebih ketara termasuklah menambahkan kandungan kepada sesuatu laman sesawang dan memastikan kandungan itu mudah diindeks oleh robot enjin gelintar, selain daripada membuatkan laman sesawang itu lebih menarik kepada para pengguna. Satu kelas teknik yang dikenali sebagai SEO Black Hat atau pengindeksan spam mempergunakan kaedah seperti ladang pautan dan penyumbatan kata kunci yang cenderung menjejaskan pengalaman pengguna enjin gelintar. Justera, enjin carian mencari-cari laman sesawang yang mempergunakan teknik ini dan menyingkirkannya daripada senarainya.
Parap "SEO" juga boleh merujuk kepada "pengoptimum enjin carian", sepatah istilah yang telah digunakan oleh industri perunding yang menjalankan projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan, serta juga oleh para pekerja yang melakukan perkhidmatan SEO sendiri.
Para pengoptimum enjin carian boleh membekalkan SEO sebagai suatu perkhidmatan tersendiri atau sebagai sebahagan kempen pemasaran yang lebih luas. Oleh sebab SEO yang lebih berkesan mungkin memerlukan perubahan kod sumber HTML bagi sesuatu tapak, maka taktik SEO boleh digabungkan ke dalam pembangunan dan reka bentuk laman sesawang. Istilah "ramah enjin carian" boleh dipergunakan untuk menghuraikan reka bentuk, menu, sistem pengurusan kandungan dan kart beli-belah yang boleh dioptimumkan dengan mudah.
Lihat juga [sunting]
- Piawai eksklusi: piawai eksklusi robot (robots.txt), unsur meta, nofollow (atribut pautan)
- Topik pemasaran berkait: pemasaran internet, pemasaran gabungan, pemasaran e-mel, pengiklanan paparan, analisis laman sesawang
- Topik berkait pemasaran gelintaran: pemasaran enjin carian, pengoptimuman media sosial, rangkuman berbayar, bayar per klik (PPC), bom Google
- Spam enjin carian: pengindeksan spam, pengikisan laman sesawang, tapak pengikis, ladang pautan, halaman pautan Bebas Untuk Semua
- Pemautan: pautan tajaan, kepopularan pautan, ladang pautan, nofollow, pertukaran pautan, pautan salingan, pemautan berbilang hala, rangkaian pertukaran pautan
- Lain-lain: halaman pendaratan, penghantaran IP, pengoptimuman halaman pendaratan
Enjin carian yang utama [sunting]
- Yahoo!
- Live Search oleh Microsoft, bekas MSN
- Ask.com, bekas Ask Jeeves
Pertubuhan SEO [sunting]
SEO yang terkenal [sunting]
Wakil enjin carian [sunting]
- Dan Crow, Google
- Matt Cutts, Google
- Adam Lasnik, Google
- Jeremy Zawodny, Yahoo!
- Gary Price, Ask
Pautan luar [sunting]
- Alat Pengoptimuman Enjin Carian untuk laman web
- Google Webmaster Guidelines
- Yahoo! Webmaster Guidelines
- Bing Webmaster Guidelines
- Ask.com Webmaster Guidelines