Penguat kendalian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penguat kendalian atau Op-amp (singkatan daripada perkataan Inggeris Operational amplifier) adalah peranti elektronik yang mempunyai gandaan voltan atau kebolehan menguat yang tinggi. Op-amp adalah peranti terganding terus yang boleh menerima isyarat masukan AT mahupun AU dan memproses voltan-voltan yang diterimanya untuk menghasilkan sama ada keluaran-keluaran yang linear ataupun tak-linear.

Penguat kendalian mendapat namanya daripada aplikasi awalnya iaitu mengendalikan kendalian matematik seperti penambahan, penolakan, pengamiran dan pembezaan.

Sifat-sifat op-amp[sunting | sunting sumber]

Gambarajah blok bagi penguat kendalian

Antara sifat-sifat op-amp yang berguna untuk pembinaan litar-litar elektronik tertentu adalah:

  • Penolakan ragam sepunya — op-amp mempunyai kebolehan untuk menolak atau mengurangkan hingar dan dengung terutama bagi signal AU.
  • Mempunyai galangan masukan yang tinggi
  • Mempunyai galangan keluaran yang rendah — mampu menghantar isyarat kepada muatan yang mempunyai galangan rendah.
  • Menghasilkan lebar jalur yang luas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Integrated circuit icon.svg Rencana berkaitan elektronik ini merupakan sebuah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.