Pengukus kuskus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Couscoussier.jpg

Pengukus kuskus merupakan kebuk pengukus makanan berganda yang digunakan dalam masakan kaum Barbar dan masakan orang Arab (terutama, orang Arab Libya, Tunisia, Algeria, dan Maghribi) untuk memasak kuskus.[1]

Pengukus ini terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian di bawah untuk kegunaan air rebusan, manakala di bahagian atas untuk diletakkan kuskus. Terdapat penapis di antara dua bahagian ini, supaya wap air rebusan dapat mengukus kuskus di bahagian atas.[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fabricant, Florence (December 30, 1992). "In the Land of Its Origin, Couscous Is More Than a Quick Fix". New York Times. 
  2. How to Use a Couscoussier