Pengundi hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengundi hantu adalah istilah politik kepada pengundi sama ada:-

Contoh pengundi hantu (SPR)
  • Pengundi itu berumur lebih daripada 120 tahun (lihat contoh kanan).
  • Pengundi beralamatkan rumah yang mengandungi lebih daripada 20 orang.
  • Pengundi itu tiada kaitan dengan pemilik alamat berdaftar pengundi berkenaan.
  • Pengundi yang sama didaftarkan lebih daripada sekali. Ini sering berlaku di kalangan pengundi tentera yang merupakan pengundi pos dan juga pengundi biasa. Dalam konteks ini, mereka didaftarkan dengan nombor tentera untuk undian pos manakala nombor kad pengenalan Malaysia untuk undian biasa.

Pihak SPR pula menjelaskan bahawa mereka hanya boleh mengeluarkan nama seseorang pengundi jika disertakan bukti (surat mati), dan tidak boleh menerima maklumat lisan. Oleh itu nama mereka yang meninggal dunai akan kekal dalam senarai sehingga dilaporkan oleh waris beserta surat mati atau dokumen rasmi yang lain. [1]SPR juga memerlukan kuasa untuk mengadakan daftar pemilih baru dari semasa ke semasa dan kuasa bagi melupuskan senarai lama (termasuk mereka yang telah meninggal dunia). Sehubungan itu, pihak SRR meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan. [2]


Menurut undang-undang Malaysia, seseorang pengundi hantu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000. [3]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain