Pengurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan dalam sukan, sila lihat Jurulatih (sukan), Pengurus (besbol) atau Pengurus (gusti profesional).


Pengurus, mengikut takrifnya, ialah seorang yang mengurus. Kegiatan mengurus, menurut Henri Fayol, terdiri daripada lima tugas utama, iaitu:

  1. merancang
  2. mengatur
  3. memimpin
  4. menyeleraskan
  5. mengawal.

Menurut Mary Parker Follett pula, "pengurusan" ialah "seni untuk mencapai sesuatu matlamat melalui orang lain." Orang lain tersebut seringnya merupakan orang bawahan. Maka dengan takrif ini, seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang bawahan boleh dirujuk sebagai pengurus, umpamanya para eksekutif, penyelia, mandur, dan sebagainya bolehlah dipanggil pengurus. Sebenarnya di Amerika Syarikat, para mandur dan penyelia dirujuk sebagai front-line manager atau pengurus baris depan.

Bagaimanapun, di Malaysia dan banyak negara yang lain, pengurus merupakan salah satu pangkat yang lebih tinggi daripada para penyelia, mandur, mahupun eksekutif. Maka mereka ini tidak dianggap sebagai pengurus, walaupun mereka melakukan kegiatan-kegiatan mengurus. Sebaliknya, terdapat banyak pengurus yang tidak mengurus atau tidak tahu mengurus, umpamanya sesetengah anak pemilik syarikat yang menjadi pengurus hanya kerana bapanya memiliki syarikat itu. Mereka tidak melakukan sebarang fungsi pengurusan yang digariskan oleh Henri Fayol, tetapi membiarkan orang bawahan membuat apa sahaja yang disukai, malahan juga mungkin selalu tak hadir di syarikat. Selain itu, terdapat juga pekerja-pekerja lama atau perintis yang menjawat pengurus melalui kenaikan pangkat dengan berjalannya masa atau sebagai ganjaran untuk kesetiaan mereka kepada syarikat. Golongan ini seringnya tidak mengurus tetapi masih bersikap seolah-olah mereka masih bertugas dalam jawatan lama. Tambahan pula, terdapat juga pengurus yang tidak mempunyai sebarang orang bawahan dan oleh itu, mencapai sesuatu melalui usaha sendiri.

Disebabkan adanya dua takrif tentang istilah "pengurus" yang kekadang tidak bertindih, terdapatlah fenomena yang mana orang yang mengurus tidak dipanggil pengurus, malahan orang yang dipanggil pengurus tidak mengurus atau tidak tahu mengurus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]