Pengurusan Silinder Boleh Laras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengurusan Silinder Boleh Laras atau VCM (Variable Cylinder Management) merupakan istilah Honda bagi teknologi sesaran boleh laras. Ia menggunakan sistem i-VTEC untuk melumpuhkan sebaris silinder pada keadaan pemanduan tertentu (contohnya, pemanduan di lebuh raya) untuk menjimatkan bahan api. Model 2008 Accord mengambil langkah lebih jauh dengan membolehkan enjin beroperasi daripada 6 silinder turun kepada 4, dan seterusnya 3 silinder, mengikut kesesuaian oleh komputer. Teknologi VCM Honda menggunakan aci sesondol atas berbanding Sistem Berbilang Sesaran oleh DaimlerChrysler dan Pengurusan Bahan Api Aktif oleh General Motors yang menggunakan enjin rod penolak.

Sistem ini menggunakan solenoid untuk membebaskan pengikut sesondol pada satu baris daripada lengan jumpelang masing-masing, supaya pengikut sesondol terapung secara bebas manakala spring injap memastikan injap tertutup. Pendikit pacu dengan wayar membolehkan komputer pengurusan enjin untuk melicinkan hantaran kuasa enjin, menjadikan pengendalian sistem tidak disedari pemandu. Kenderaan yang dilengkapi VCM turut dilengkapi penunjuk "ECO" pada papan pemuka mengikut pengendalian sistem VCM. Kenderaan yang dilengkapi VCM turut dilengkapi sistem Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dan Pemasangan Enjin Kawalan Aktif Honda (ACM). Kedua-dua sistem ANC dan ACM bergandingan bagi menghilangkan bunyi bising dan getaran yang diakibatkan oleh proses pelumpuhan silinder. Sistem ANC menggunakan pembesar suara audio untuk membatalkan bunyi bising melalui bunyi fasa berlawanan.

Kenderaan yang dilengkapi VCM[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]