Pengurusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pengurusan perusahaan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengurusan perusahaan beralih ke sini. Untuk kegunaan dalam rangkaian komputer, sila lihat Pengurusan rangkaian atau Pengurusan sistem.


Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18. [1]

Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Bandingkanlah dengan Pengawasan.


Isi kandungan

Fungsi pengurusan [sunting]

Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:

  1. Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.
  2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.
  3. Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.
  4. Mengawal, mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.

Ruang lingkup teori [sunting]

Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20 mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang." [2] Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:

  • tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal; atau
  • tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.

Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari sudut pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi: [3]

  1. merancang
  2. mengatur
  3. memimpin
  4. menyeleraskan
  5. mengawal

Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. Frasa "pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan pengurusan, dengan sifat takrif yang berubah-ubah, serta hubungan antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas pengurusan.

Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan", walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam. Sungguhpun demikian, banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat pengajian perniagaan", dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan nama ini.

Para penutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga menggunakan istilah "pengurusan" sebagai sepatah perkataan kolektif untuk merujuk kepada para pengurus dalam sebuah pertubuhan, umpamanya sebuah perbadanan.

Lihat juga [sunting]

Senarai [sunting]

Senarai utama: Senarai topik pengurusan asas dan Senarai topik pengurusan
Garis masa

Rujukan [sunting]

  1. Kamus Inggeris Oxford
  2. Vocational Business: Training, Developing and Motivating People oleh Richard Barrett - Perniagaan & Ekonomi - 2003. m.s. 51.
  3. Administration industrielle et générale - prévoyance organisation - commandement, coordination – contrôle, Paris : Dunod, 1966

Pautan luar [sunting]

  1. Laman web MIT Sloan: Kursus-kursus pengurusan — OpenCourseWare
  2. Penyelidikan tentang Pertubuhan: Pangkalan data Bibliografi dan Peta]
  3. Akademi Pengurusan, Amerika Syarikat — mengkhususkan dalam kesarjanaan dan amalan pengurusan
  4. Pengurusan pengaturcara dan pembangunan perisan


Subbidang am sains sosial
Antropologi | Geografi manusia | Ekonomi | | Linguistik | Pendidikan | Pengurusan | Psikologi | Sains politik | Sejarah | Sosiologi