Pendudukan Indonesia di Timor Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Timor Timur yang terletak 400 batu (640km) utara barat Darwin, Australia.

Pendudukan Indonesia di Timor Timur (sekarang Timor Leste) bermula pada bulan Disember 1975 sehingga Oktober 1999, dan mengorbankan kira-kira 100,000 penduduk Timor.[1]

Selepas berabad-abad Timor Timur berada dalam jajahan Portugis, rampasan kuasa di Portugal pada tahun 1974 membawa kepada pembebasan koloni-koloni Portugis termasuk Timor Timur. Situasi ini juga membawa kepada ketidakstabilan Timor Timur dan masa depan yang tidak jelas. Selepas satu perang saudara kecil, parti pro-kemerdekaan FRETILIN mengisytiharkan kemenangan di ibu kota Dili dan mengisytiharkan kemerdekaan Timor Timur pada 28 November 1975. Dengan menggunakan alasan bahawa terdapat pemimpin Timor Timur yang meminta pertolongan, tentera Indonesia melanggar Timor Timur pada 7 Disember 1979 dan memusnahkan semua penentangan bersenjata yang menentang mereka. Dengan mempergunakan "Perhimpunan Popular", Indonesia mengisytiharkan Timor Timur sebagai satu wilayah Indonesia. Selama 25 tahun, penduduk Timor Timur menderita hukuman yang berat sebelah, seksaan dan kebuluran. Pembunuhan beramai-ramai Santa Cruz pada tahun 1991 menyebabkan kemarahan antarabangsa. Penentangan terhadap pendudukan Indonesia tetap kuat [2]dan pada tahun 1996, Hadiah Nobel untuk keamanan diberi kepada dua orang lelaki dari Timor Timur, Calos Filipe Ximenes Belo dan Jose Ramos-Horta kerana usaha mereka menghentikan pendudukan Indonesia secara aman, namun ditentang oleh pihak pro-Indonesia seperti Gabenor José Abílio Osório Soares dan ketua militan Eurico Guterres. Satu referendum pada tahun 1999 untuk memilih masa depan Timor Timur menunjukkan keputusan majoriti yang sangat besar untuk kemerdekaan dan pada tahun 2002, Timor Timur menjadi sebuah negara yang merdeka.

Sejurus selepas pendudukan Indonesia, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan meluluskan resolusi mengutuk tindakan Indonesia dan mahukan negara itu segera undur dari bumi Timor Timur. Kerajaan Amerika Syarikat, Australia, dan Britain walau bagaimanapun sangat menyokong Indonesia sepanjang pendudukan tersebut. Presiden AS Gerald Ford dan Setiausaha Negara Henry Kissinger berjumpa dengan Presiden Indonesia Suharto pada hari sebelum pencerobohan dan dilaporkan memberi lampu hijau untuk menceroboh[3]. Hanya Australia dan Indonesia yang mengiktiraf Timor Timur sebagai wilayah Indonesia dan kemudian mula berunding sesama sendiri untuk membolot sumber-sumber asli di Timor Timur. Kerajaan lain termasuk Jepun, Kanada dan Malaysia juga menyokong pemerintah Indonesia. Pencerobohan dan sekatan ke atas gerakan kemerdekaan Timor Timur bagaimanapun menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Indonesia di peringkat antarabangsa.[4]

Selepas undi untuk kemerdekaan pada tahun 1999, kumpulan separa tentera yang bekerja untuk tentera Indonesia melakukan keganasan terakhir yang menyaksikan kemusnahan hampir seluruh infrastruktur Timor Timur. Selepas tentera Indonesia meninggalkan Timor Timur, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mentadbir Timor Timur selama dua tahun dan menubuhkan unit untuk menyiasat kekejaman yang dilakukan semasa tahun 1999. Skopnya yang terhad dan jumlah kecil hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah Indonesia menyebabkan seruan oleh pemerhati untuk menubuhkan tribunal antarabangsa untuk Timor Timur[5]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Peta Timor Timur dan bandar utama

Portugis pertama kali sampai di Timor pada kurun ke-16 dan pada tahun 1702, Timor Timur berada di bawah jajahan pentadbiran Portugis.[6] Pemerintahan Portugis tidak begitu kuat sehinggalah pulau itu dibahagikan dengan pihak Belanda pada tahun 1860.[7] Sebagai satu medan pertempuran yang penting semasa Perang Pasifik, Timor Timur diduduki oleh 20,000 tentera Jepun. Pertempuran tersebut berhasil mengelakkan Australia dari dijajah Jepun tetapi menyebabkan kematian 60,000 orang Timor Timur.

Apabila Indonesia berjaya mendapat kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua di bawah pimpinan Sukarno, ia tidak mendakwa mengawal Timor Timur dan juga tidak membantah pemerintahan Portugis ke atas pulau tersebut. Pemberontakan tahun 1959 ke atas Portugis juga tidak disokong oleh pemerintah Indonesia.[8] Satu dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tahun 1962 menyatakan: "pemerintah Indonesia telah mengisytiharkan ia mahu memelihara hubungan baik dengan Portugal dan ia tiada hak ke atas Timor Portugis...".[9] Jaminan ini berterusan sehingga Suharto berkuasa pada tahun 1965. Seorang pegawai Indonesia mengumumkan pada bulan Disember 1974: "Indonesia tiada cita-cita meluaskan wilayah; ... Jadi tiada persoalan yang Indonesia mahu mengambil Timor Portugis."[10]

Pada tahun 1974, rampasan kuasa di Lisbon menyebabkan perubahan besar dalam hubungan Portugal dan koloninya Timor. Pemerintah Portugal yang baru mahu melepaskan tanah koloninya Timor Timur. Perkara pertama adalah membuka politik.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kiernan, pp. 593–594; CAVR.
  2. ^ Schwarz (1994), ms. 195
  3. ^ Pilger, John. "Blood on Our Hands" Diarkibkan 2006-11-01 di Wayback Machine, 25 Januari 1999
  4. ^ Schwarz (1994), p. 195.
  5. ^ "East Timor: U.N. Security Council Must Ensure Justice". Human Rights Watch. 29 Jun 2005.
  6. ^ "East Timor Country Profile". Foreign and Commonwealth Office of the United Kingdom. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-31. Dicapai pada 2008-02-19.
  7. ^ Jolliffee, ms. 23–41.
  8. ^ Budiardjo and Liong, ms. 3–5; Dunn (1996), ms. 28–29; Taylor (1991), ms. 20.
  9. ^ Disebut dalam Taylor (1991), ms. 20; jaminan yang sama dari pegawai Indonesia juga diberikan kepada Ramos-Horta, ms. 63–64.
  10. ^ Disebut dalam Kohen dan Taylor, ms. 3.
  11. ^ Jolliffee, ms. 58–62.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Aditjondro, George. "Prospects for development in East Timor after the capture of Xanana Gusmao". International Law and the Question of East Timor. London: Catholic Institute for International Relations, 1995. ISBN 1-85287-129-6. pp. 50–63.
  • Aditjondro, George. "The Silent Suffering of Our Timorese Sisters". Free East Timor: Australia's Culpability in East Timor's Genocide. Random House Milsons Point: Australia Pty Ltd, 1998. ISBN 0-09-183917-3 pp. 243–265.
  • Amnesty International. East Timor Violations of Human Rights: Extrajudicial Executions, "Disappearances", Torture and Political Imprisonment, 1975–1984. London: Amnesty International Publications, 1985. ISBN 0-86210-085-2.
  • Amnesty International. East Timor: The Santa Cruz Massacre. London: Amnesty International, 1991. OCLC 28061998
  • Amnesty International USA. Women in Indonesian & East Timor: Standing Against Repression. New York: Amnesty International USA, 1995. OCLC 34283963
  • Budiardjo, Carmel and Liem Soei Liong. The War against East Timor. London: Zed Books Ltd, 1984. ISBN 0-86232-228-6.
  • Carey, Peter. "Historical Background". Generations of Resistance. By Steve Cox. London: Cassell, 1995. ISBN 0-304-33252-6. pp. 13–55.
  • Chinkin, Christine. "Australia and East Timor in international law". International Law and the Question of East Timor. London: Catholic Institute for International Relations, 1995. ISBN 1-85287-129-6. pp. 269–289.
  • Clark, Roger S. "The 'decolonisation' of East Timor and the United Nations norms on self-determination and aggression". International Law and the Question of East Timor. London: Catholic Institute for International Relations, 1995. ISBN 1-85287-129-6. pp. 65–102.
  • Comissão de Acolhimento, Verdade e Reconciliação de Timor Leste (CAVR). Chega! The Report of the Commission for Reception, Truth and Reconciliation. Dili, East Timor: 2005. East Timor & Indonesia Action Network.
  • Dunn, James. Timor: A People Betrayed. Sydney: Australian Broadcasting Corporation, 1996. ISBN 0-7333-0537-7.
  • Hill, Helen Mary. Fretilin: the origins, ideologies and strategies of a nationalist movement in East Timor. Canberra: Centre for Continuing Education, Australia National University, 1978. OCLC 07747890
  • Indonesia. Department of Foreign Affairs. Decolonization in East Timor. Jakarta: Department of Information, Republic of Indonesia, 1977. OCLC 4458152.
  • Indonesia. Department of Foreign Affairs and Department of Information. The Province of East Timor: Development in Progress. Jakarta: Department of Information, Republic of Indonesia, 1981.
  • Jardine, Matthew. East Timor: Genocide in Paradise. Monroe, ME: Odonian Press, 1999. ISBN 1-878825-22-4.
  • Jolliffe, Jill. East Timor: Nationalism and Colonialism. Queensland: University of Queensland Press, 1978. OCLC 4833990
  • Kiernan, Ben. "The Demography of Genocide in Southeast Asia: The Death Tolls in Cambodia , 1975–79, and East Timor, 1975–80". Critical Asian Studies. 35:4 (2003), 585–597.
  • Kohen, Arnold and John Taylor. An Act of Genocide: Indonesia's Invasion of East Timor. London: TAPOL, 1979. 0-9506751-0-5.
  • Krieger, Heike, ed. East Timor and the International Community: Basic Documents. Melbourne: Cambridge University Press, 1997. ISBN 0-521-58134-6.
  • Marker, Jamsheed (2003), East Timor: A Memoir of the Negotiations for Independence, North Carolina: McFarlnad & Company, Inc, ISBN ISBN 0-7864-1571-1 Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  • Nevins, Joseph. A Not-So-Distant Horror: Mass Violence in East Timor. Ithaca, New York: Cornell University Press, 2005. ISBN 0-8014-8984-9.
  • Ramos-Horta, José. Funu: The Unfinished Saga of East Timor. Lawrenceville, NJ: The Read Sea Press, 1987. ISBN 0-932415-15-6.
  • Schwarz, A. (1994). A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s. Westview Press. ISBN 1-86373-635-2.
  • Taylor, Jean Gelman (2003). Indonesia: Peoples and Histories. New Haven and London: Yale University Press. ISBN 0-300-10518-5.
  • Taylor, John G. The Indonesian Occupation of East Timor 1974–1989. London: Catholic Institute for International Relations, 1990. ISBN 1-85287-051-6.
  • Taylor, John G. Indonesia's Forgotten War: The Hidden History of East Timor. London: Zed Books Ltd, 1991. ISBN 1-85649-014-9.
  • Turner, Michele. Telling East Timor: Personal Testimonies 1942–1992. Sydney: University of New South Wales Press Ltd., 1992.
  • Vickers, Adrian (2005). A History of Modern Indonesia. Cambridge University Press. ISBN 0-521-54262-6.
  • Wesley-Smith, Rob. "Radio Maubere and Links to East Timor". Free East Timor: Australia's Culpability in East Timor's Genocide. Milsons Point: Random House Australia, 1998. pp. 83–102.
  • Winters, Rebecca. Buibere: Voice of East Timorese Women. Darwin: East Timor International Support Center, 1999. ISBN 0-9577329-3-7.