Penjajahan Poland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penjajahan Poland
Sebahagian daripada Kancah Eropah Perang Dunia II
Second World War Europe.png
Peta menunjukkan permulaan Perang Dunia II pada September 1939 dalam konteks yg lebih besar.
Maklumat am
Tarikh 1 September – 6 Oktober 1939
(1 bulan, 5 hari)
Lokasi Poland dan Bandar Bebas Danzig
Hasil Kemenangan muktamad Paksi dan Soviet
Permulaan Perang Dunia II
Perubahan wilayah Wilayah Poland di bahagi antara Jerman, Soviet Union, Lithuania dan Slovakia
Pihak yang berperang
 Jerman
Slovakia Slovakia

Kesatuan Republik Sosialis Soviet Soviet Union (Selepas 17 September)

Poland Poland
Komander dan pemimpin
Jerman Nazi Fedor von Bock
(Kumpulan Tentera Darat Utara)

Jerman Nazi Gerd von Rundstedt
(Kumpulan Tentera Darat Selatan)

Slovakia Ferdinand Čatloš
(Tentera Darat Bernolák)


Kesatuan Republik Sosialis Soviet Mikhail Kovalev
(Barisan Belorusia)

Kesatuan Republik Sosialis Soviet Semyon Timoshenko
(Barisan Ukraine)

Poland Edward Rydz-Śmigły
Poland Tadeusz Kutrzeba
Kekuatan
Jerman:
60 divisyen,
6 briged,
9,000 meriam,
2,750 kereta kebal,
2,315 kapal terbang
Slovakia:
3 divisyen

Menyertai pada 17 September:
Soviet Union:
33+ divisyen,
11+ briged,
4,959 meriam,
4,736 kereta kebal,
3,300 kapal terbang


Jumlah:
1,500,000 askar Jerman,
466,516 askar Soviet,
51,306 askar Slovakia
Jumlah besar: 2,000,000+

Poland:
39 divisyen (ada antaranya tidak dikerahkan dan tidak bertumpu sepenuhnya),
16 briged,
4,300 meriam,
880 kereta kebal,
400 kapal terbang
Jumlah: 950,000
Kerugian dan kehilangan
Jerman:
16,343 terkorban,
3,500 hilang,
30,300 cedera
Slovakia:
37 terbunuh,
11 hilang,
114 cedera

Soviet Union:
1,475 terkorban atau hilang,
2,383 cedera
atau:
5,327 terkorban, hilang dan cedera


Jumlah mangsa: 59,000

Poland:
66,000 mati,
133,700 cedera,
199,700 jumlah mangsa,
694,000 ditawan
904,000 jumlah kehilangan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Penjajahan Poland, juga dikenali sebagai Kempen September atau Perang Defensif 1939 atau Pembahagian Keempat Poland (Poland: Kampania wrześniowa atau Wojna obronna 1939 roku atau IV rozbiór Polski) dalam bahasa Poland dan Kempen Poland (Jerman: Polenfeldzug) atau Fall Weiss (Kes Putih) dalam bahasa Jerman, ialah satu penaklukan keatas Poland oleh Jerman, Soviet Union, dan kontinjen kecil tentera Slovakia yang mencetuskan Perang Dunia II di Eropah. Pencerobohan Jerman bermula pada 1 September 1939, seminggu selepas Perjanjian Molotov–Ribbentrop dimeterai, manakala penjajahan Soviet bermula pada 17 September 1939 selepas persetujuan Molotov-Tōgō yang menamatkan peristiwa Nomonhan pada 16 September 1939. Kempen tersebut berakhir pada 6 Oktober 1939 dengan Jerman dan Soviet Union membahagi dan mengilhak keseluruhan Poland.

Pada pagi selepas peristiwa Gleiwitz, tentera Jerman menceroboh Poland dari arah utara, selatan dan barat. Sewaktu kemaraan Jerman, tentera Poland berundur dari pengkalan operasi hadapan mereka ke sempadan Poland–Jerman bagi mengukuhkan lagi garisan pertahanan ke arah timur. Selepas kekalahan Poland pada pertengahan September dalam Pertempuran Bzura, pihak Jerman mendapat kelebihan yang sangat besar. Tentera Poland kemudian berundur ke arah tenggara untuk mempersiapkan satu pertahanan yang panjang di Kawasan Romania dan menunggu bantuan yang diharapkan daripada Perancis dan United Kingdom. Kedua-dua negara tersebut telah berpakat dengan Poland dan telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman pada 3 September, namun pertolongan mereka keatas Poland adalah sangat terhad.

Pencerobohan Tentera Merah Soviet keatas Timur Poland pada 17 September, mengikut satu protokol rahsia Perjanjian Molotov–Ribbentrop, menyebabkan rancangan pertahanan Poland menjadi buruk. Menghadapi satu barisan hadapan yang kedua, kerajaan Poland menyimpulkan bahawa garisan pertahanan tidak mampu dilaksanakan di Kawasan Romania dan mengarah pemindahan kecemasan semua tentera ke negara berkecuali Romania. Pada 6 Oktober, susulan daripada kekalahan Poland didalam Pertempuran Kock, tentera Jerman dan Soviet telah menguasai sepenuhnya Poland. Kejayaan ini menandakan berakhirnya Republik Poland Kedua, walaupun Poland tidak pernah menyerahkalah secara rasmi.

Pada 8 Oktober, selepas satu tempoh awal pentadbiran tentera, Jerman terus mengilhak barat Poland dan Bandar Bebas Danzig dan meletakkan saki baki wilayah tersebut dibawah pentadbiran baru Kerajaan Umum. Soviet Union memasukkan wilayah yang baru diambil alih ini kedalam konstituen republik Belarusia dan Ukraine, dan lantas memulakan kempen sovietization. Selepas pencerobohan ini, pertubuhan penentang bawah tanah sepakat membentuk Pergerakan Bawah Tanah Poland didalam wilayah bekas negara itu. Ramai pegawai tentera Poland yang berjaya melarikan diri kemudiannya menyertai Angkatan Tentera Poland di Barat, iaitu angkatan bersenjata yang setia kepada kerajaan buangan Poland.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Böhler, Jochen (2006). Auftakt zum Vernichtungskrieg; Die Wehrmacht in Polen 1939 (Preface to the War of Annihilation: Wehrmacht in Poland) (dalam bahasa German). Frankfurt: Fischer Taschenbuch Verlag. ISBN 3-596-16307-2. 
  • Gross, Jan T. (2002). Revolution from Abroad: The Soviet Conquest of Poland's Western Ukraine and Western Belorussia. Princeton: Princeton University Press. ISBN 0-691-09603-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: