Penjara Pusat Baghdad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari























AMARAN! Laman ini mempunyai kandungan dan gambar yang tidak sesuai bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan mereka yang tidak gemarkan keganasan atau gambaran seksual sederhana.


Penjara Pusat Baghdad[1] atau dahulu Penjara Abu Ghraib (Bahasa Arab: سجن أبو غريبSijn Abu Ghuraib) ialah sebuah penjara yang terletak di Abu Ghraib, Iraq, 32 kilometer di barat Baghdad. Bangunan penjara ini merangkumi 280 ekar (115 ha) dengan jumlah 24 menara kawalan. Terdapat lima kawasan berpagar dalam kawasan tersebut. Sel tahanan dalam penjara tersebut seluas empat kali empat meter dan mengurung 40 tahanan setiap satu. Ketika dalam pemerintahan rejim Ba'ath, ia dikenali sebagai Penjara Abu Ghraib (atau Pusat Penyeksaan Saddam) dan mempunyai reputasi sebagai pusat penyeksaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika ini pihak Pakatan Amerika Syarikat menggunakan tempat ini sebagai Kemudahan Pembetulan Baghdad, walaupun ia kekal dikenali dengan nama rasmi asalnya. Pada penghujung April 2004, rancangan 60 Minutes II menyiarkan cerita mengenai salah layanan dan penderaan tahanan Iraq oleh sekumpulan kecil tentera Amerika Syarikat. Cerita tersebut termasuk gambar penderaan tahanan.

Satu daripada siri gambar tahanan Iraq yang diambil oleh tentera Amerika Syarikat di Abu Ghraib. Tahanan itu diberitahu bahawa dia akan terkena kejutan eletrik sekiranya dia jatuh dari kotak tempat dia berdiri.

Nota: Rencana ini mengandungi gambar salah layan tahanan, termasuk gambar mayat.

Di bawah Saddam Hussein[sunting | sunting sumber]

Di bawah rejim Saddam Hussein, kemudahan ini berada di bawah kawalan "Directorate of General Security" (Amn al-Amm) dan merupakan tapak penyiksaan dan pembunuhan beribu-ribu tahanan politik—sehingga 4000 tahanan dipercayai telah dibunuh di sini pada tahun 1984 sahaja.

Seksyen politik di Abu Ghraib dibahagikan kepada sayap "terbukan" dan "tertutup". Sayap terbuka hanya untuk mereka yang berfahaman "Syiah". Mereka tidak dibenarkan menerima pelawat atau sebarang hubungan luar.

Tahanan Pakatan ditahan dan disiksa di Abu Ghraib ketika Perang Teluk, termasuk pasukan peronda SAS British Bravo Two Zero.

Pada tahun 2001 penjara ini dipercayai mengandungi seramai 15,000 tahanan. Beratus-ratus Kurdish Syiah dan rakyat Irak bangsa Iran telah dilaporkan di tahan di sana tanpa berita dan tuduhan semenjak permulaan perang Iran-Iraq. Tahanan sering dihapuskan. Pengawal memberi makan plastik lerai kepada tahanan. Terdapat tuduhan bahawa sebahagian tahanan dijadikan bahan uji kaji senjata kimia dan biologi Iraq.

Penjara Abu Ghraib sedang diperluaskan sebelum penjajahan Iraq 2003.

Apabila regim Saddam Hussein tumbang, kemudahan ini dirompak oleh bekas tahanan.

Di bawah penjajah diketuai Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Semenjak kejatuhan regim Ba'athist penjara ini telah digunakan sebagai pusat tahanan oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat yang menjajah Iraq, menahan lebih dari 5,000 orang, sesetengahnya dituduh pemberontak, sesetengah dituduh penjenayah dan yang lain tanpa tuduhan.

Laporan Jeneral Taguba[sunting | sunting sumber]

Menurut laporan lima puluh tiga muka surat yang disediakan oleh Major General Antonio Taguba dari tentera Amerika Syarikat, ketika dalam tahun pertama penjara Abu Ghraib beroperasi di bawah seliaan Amerika Syarikat, dianggarkan 60% daripada tahanan di penjara Abu Ghraib bukannya "ancaman kepada masyarakat." Proses penyaringan amat lemah sehinggakan orang awam yang tidak bersalah sering ditahan tanpa had. Seawal Jun 2003, Amnesti Antarabangsa menyeru penyiasatan berkecuali mengenai sistem tahanan Amerika Syarikat di Iraq, berasaskan gambaran tidak direkodkan mengenai keadaan di dalamnya.

Rujukan Seymour M. Hersh kepada laporan Jeneral dalam "Torture at Abu Ghraib" (Penyiksaan di Abu Gharaib), pada isu 10 Mei 2004 dalam The New Yorker. Tuduhan lain mengenai salah layanan yang serius oleh tentera Amerika Syarikat dan Birtish diacukan kepada pusat tahanan Abu Ghraib dan pusat tahanan lain di Iraq. Pada Januari 2004, seorang MP menjumpai gambaran digital mengenai penderaan pada CD-ROM ketika dia memproses gambar bagi rakan tentera. Dia melaporkan gambar tersebut, menyebabkan komander pakatan Lt. General Ricardo Sanchez untuk memerintah Taguba untuk menyiasat. Dua penyiasatan lanjut turut dijalankan.

Laporan rahsia Taguba, bertarikh 4 April 2004, menuduh penjara Abu Ghraib luar kawalan. Pengawal mencipta undang-undang mereka sendiri dan menyelia menurut pereturan mereka sendiri dan penyelia menyokong tindakan mereka. Kaki tangan tidak mengawasi tahanan, tidak mengira tahanan mereka, dan tidak menyimpak rekod mengenai beberapa dozen yang lepas lari. Kemudahan ini mempunyai terlalu ramai tahanan dan terlalu sedikit pengawal. Latihan bagi pengawal tidak mencukupi, dan penyelia tidak membuat lawatan ke kemudahan ini secara sendiri. Pegawai tinggi tentera bertelagah samaada polis tentera atau perisik tentera sepatutnya berkuasa. Layanan tahanan berbeza antara giliran dan kawasan penjara.

Laporan Taguba juga menuduh pegawai perisik dan anggota Kompeni Polis Tentera 372 "372nd Military Police Company", yang bertanggung jawab dalam keselamatan, terbabit dalam penderaan direkodkan. Berlawanan dengan peraturan Tentera, komander membenarkan pegawai perisik untuk menggunakan polis tentera untuk "loosen up" (melemahkan) tahanan sebelum soal siasat.

Pada masa laporan Taguba siap, 17 tentera dan pegawai, termasuk Brigadier General Janis Karpinski, dibebaskan dari bertugas. Enam tentera menghadapi perbicaraan tentera "courts-martial" dan kemungkinannya dipenjara disebabkan oleh peranan mereka dalam kejadian tersebut. Tuduhan terhadap mereka termasuk cuai dalam tugas, salah layanan, serangan menyebabkan kecederaan "aggravated assault" dan memukul "battery".

Penyiasatan dalaman lain[sunting | sunting sumber]

Satu daripada penyiasatan dalaman lain dijalankan bagi menyiasat samada penderaan ini digalakkan oleh pegawai perisik atau kontraktor awam.

Karpinski, yang mengetuai Brigade 800 menyelia pengawal di pusat tahanan Amerika Syarikat di Iraq, termasuk di Abu Ghraib. 372 berada di bawah beliau. Dia menuduh bahawa dia telah memberi amaran kepada ketuanya mengenai penderaan, tetapi dia berkata bahawa "mereka mahu perkara itulenyap". Permohonan beliau untuk tambahan kaki tangan dan sumber diabaikan.

Penyiaran 60 Minutes II[sunting | sunting sumber]

Penjara tersebut lebih terkenal secara antarabangsa pada April 2004 apabila U.S. television network CBS menyiarkan edisi 60 Minutes II majalah-berita yang melaporkan, dan memasukkan gambar mengenai salah layanan dan penghinaan tahanan oleh sebahagian kecil askar AMerika Syarikat. Laporan itu telah dilewatkan selama dua minggu di atas permintaan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan Joint Chiefs of Staff Gen. Richard Myers, disebabkanpertempuran hebat di Iraq. Komander penjara kemudiannya digantikan dengan Major-General Geoffrey Miller, yang sebelumnya menyelia pusat tahanan Teluk Guantánamo yang turut kontrovesi.

Bekas Marine Lt. Col. Bill Cowan dalam wawancara dengan CBS menyatakan : "Kami pergi ke Iraq untuk menghentikan pekara sebegini daripada berlaku, dan sesungguhnya ia berlaku di bawah tunjuk ajar kita".

Presiden A.S. George W. Bush mengecam tindakan tersebut dan mendakwa bahawa ia tidak membuktikan sesuatu yang dilaksanakan atauditerima oleh [[Tentera Amerika Syarikat].

Joint Chief Myers mendakwa pada 2 Mei ketika wawancara Face the Nation bahawa dia masih belum melihat laporan Taguba, walaupun laporan tersebut telahpun selepas sebulan berlalu.

Pada 7 Mei 2004, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat "United States Secretary of Defense" Donald Rumsfeld dihadapan Komiti Angkatan Bersenjata Senet "Senate Armed Services Committee" membuat kenyataan berikut:

"Kejadian ini berlaku ketika saya bertugas sebagai setiausaha pertahanan. Saya bertanggung jawab keatasnya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.

Saya rasa teruk dengan apa yang berlaku pada tahanan ini. Meeka adalah manusia, mereka dalam tahanan Amerika Syarikat, negara kita mempunyai tanggung jawab untuk melayan mereka dengan baik. Kami tidak. Itu adalah salah.

Kepada Iraq yang salah layan oleh anggota bersenjata Amerika Syarikat, saya tawarkan permohonan minta maaf."

"These events occurred on my watch as secretary of defense. I am accountable for them. I take full responsibility,"
"I feel terrible about what happened to these detainees. They are human beings, they were in U.S. custody, our country had an obligation to treat them right. We didn't. That was wrong,"
"To those Iraqis who were mistreated by members of the U.S. armed forces, I offer my deepest apology."

Gambar dari Abu Ghraib

Tahanan Iraq di Abu Ghraib terpaksa membentuk piramid manusia, berbogeltetapi diselubungi tutup muka. Beberapa gambar piramid tersebut wujud
Pvt Lynndie England memberi isyarat "ibu jari naik" dan menunjukkan kepada tahanan Iraq yang bertudung kepala.
Perkataan "rapeist" (perogol)[sic] ditulis pada punggung kanan seorang tahanan.

Amat memalukan dalam kebudayaan dunia Muslim, di mana lelaki berbogel dianggap memalukan, gambar yang menunjukkan tahanan berbogel, dipaksa melakunkan seks oral dan kelakuan seks lain, imej tentera wanita tersengih dan menunjukkan kepada kemaluan tahanan yang tertutup kepala. Terdapat juga gambar yang kelihatannya mayat tahanan. Selain daripada gambar diterbitkan, menurut CBS, Tentera mempunyai banyak lagi gambar lain, antaranya menunjukkan tahanan diserang anjing. Seorang tahanan juga menuduh dirogol dibawah penyelian tentera. Kesemua tindakan ini jelas menyalahi Persidangan Ketiga Geneva (Third Geneva Convention) mengenai layanan tahanan perang, sebagaimana gambar tersebut sendiri.

Sesetengah tentera dalam gambar telah dikenal pasti sebagai anggota Tentera Simpanan private Lynndie England dan tunangnya, pakar Charles Graner. Kedua mereka ditahan dan dilucutkan jawatan, tetapi tidak dipecat.

Laporan oleh Jeneral Antonio M. Taguba menyenaraikan enam disyaki: Staff Sergeant Ivan (Chip) Frederick II, Specialist Charles A. Graner, Sergeant Javal Davis, Specialist Megan Ambuhl, Specialist Sabrina Harman, and Private Jeremy Sivits. Mereka menghadapi tuduhan termasuk pakatan, kecuaian bertugas, kekejaman terhadap tahanan, salah layanan, menyerang, dan kelakuan tidak senonoh. Disyaki ketujuh, Private Lynndie England, mengandung dan ditukarkan ke Fort Bragg, North Carolina.

Pengalaman peribadi di lapangan[sunting | sunting sumber]

Hashem Muhsen, salah seorang daripada lelaki bogel dalam gambar piramid manusia, berkata mereka juga dipaksa merangkak secara berbogel dan askar Amerika menunggang mereka seperti keldai. Selepas di bebaskan pada Januari 2004, Muhsen menjadi pegawai polis Iraq.

Brigadier General Mark Kimmitt, deputy director kepada operasi kuasa perikatan di Iraq, berkata: "Saya ingin duduk di sini dan menyatakan bahawa kes penderaan tahanan ini merupakan satu-satunya yang kami ketahui, tetapi kami tahu bahawa terdapat beberapa kes lain semenjak kita berada di Iraq."

Gambar daripada Abu Ghraib

Tahanan ini kelihatannya maut, dibaluti cellophane dan dibungkus dengan air batu. Tidak jelas bagaimana dia mati atau kenapa dia dirakamkan.
Tahanan ini dipaksa melakunkan seks oral (masih memakai penutup kepala).
Pvt. England, and Pakar Graner beraksi dibelakang piramid Iraq bogel, memberikan tanda "thumbs up".
Pvt. England memegang tali kangkang pada tahanan yang rebah di atas lantai.


Cerita dan gambar menjadi berita muka depan kebanyakan akhbar dunia dan menjadi tajuk utama dalam media penyiaran dunia, menyebabkan kemarahan dan kekecewaan pada ramaipemerhati antarabangsa. Abdel-Bari Atwan, penyunting akhbar berpengaruh Arab di London, Al Quds Al Arabi, berkata, "Pembebas lebih teruk berbanding diktator. Ini merupakan jerami yang mematahkan belakang unta "straw that broke the camel's back" bagi Amerika."

Joseph M. Darby melaporkan bahawa Frederick, pada suatu ketika, "telah menumbuk tahanan di dada begitu kuat sehinggakan tahanan hampir mengalami serangan jantung." Dalam surat dan e-mail kepada ahli keluarga, Frederick menyatakan berulang kali bahawa pasukan perisik, termasuk pegawai C.I.A. officers dan pakar bahasa "linguist" dan pakar soal siasat dari kontraktor pertahanan awam, merupakan kuasa utama dalam Abu Ghraib.


Adakah tindakan tentera Amerika Syarikat dianggap penyeksaan?[sunting | sunting sumber]

Takrifan UN dalam Persidangan Menentang Penyiksaan mengenai penyiksaan dalam syarat berikut:

any act by which severe pain or suffering, whether physical or mental, is intentionally inflicted on a person for such purposes as obtaining from him... information or a confession, punishing him for an act he... has committed or is suspected of having committed, or intimidating or coercing him. (Article 1)

Dari sudut pandangan takrifan ini, gambar paling berkaitan merupakan yang pertama di laman ini: tahanan bertutup kepala, berdiri di atas kotak dengan wayar eletrik di sambungkan kepada beberapa bahagian tubuhnya. Tahanan tersebut diberitahu bahawa dia akan terkena kejutan sekiranya dia jatuh dari kotak. Tentera mendakwa bahawa wayar tidak mempunyai eletrik dan tahanan tidak berhadapan terkena kejutan eletrik cuma ancaman sahaja.

Sekiranya tahanan percaya penipuan itu dan percaya sepenuhnya bahawa dia berhadapan dengan kemungkinan kematian, kemudian situasi ini dianggap sebagai "penderitaan mental" sebagaimana ditakrifkan dalam Persidangan "Convention". Motivasi tindakan tersebut kelihatannya untuk mendapatkan pengakuan atau memaksanya – matlamat yang dirujuk dalam Artikle 1. Bahagian tidak jelas terletak dalam penggunaan perkataan teruk "severe" untuk mengukur penderitaan, dan kesukarannya adalah bagi menentukan penderitaan yang dihadapi oleh tahanan yang dirakamkan gambarnya itu, adakah teruk atau serdahana.

Berbeza, aksi ditunjukkan dalam gambar ini dan kebanyakan yang lain kelihatannya membentuk tindakan kejam lain, tidak berperikemanusiaan "inhuman" atau layanan menghina "degrading treatment" atau hukuman "punishment" ditetapkan oleh artikle 16 dalam Persidangan Menentang Penyiksaan "Convention Against Torture".

Kejadian lain[sunting | sunting sumber]

Pada November 2003, tiga tentera wanita Amerika Syarikat yang diletakkan di penjara Abu Ghraib sedang mandi apabila mereka mendapati kapten Leo V. Merck merangkak sedang merakamkan gambar mereka dengan kamera digital. Pada keesokkan harinya wanita tersebut melaporkan Merck kepada pihak berkuasa. Pengeledahan komputer kerajaannya menjumpai lebih banyak gambar yang tidak sesuai. Merck dihadapkan ke mahkamah tentera.

Tindak balas pejuang kebebasan Iraq[sunting | sunting sumber]

Rentetan daripada gambar penyiksaan tahanan Iraq oleh pihak Amerika Syarikat, seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat, Nicholas Berg telah ditahan dan dibunuh dan kepalanya dipenggal, pada bulan May 2004.

Susulan kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, beberapa gambar baru yang menunjukkan penyiksaan tahanan di pusat tahanan di Iraq dan Afghanistan membuktikan bahawa penyiksaan itu adalah lebih berleluasa daripada apa yang diakui oleh kerajaan Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika menghalang penyiaran gambar-gambar baru dengan mendakwa bahawa ia akan membahayakan nyawa tentera penceroboh di Iraq dan Afghanistan. Berikutan dari itu American Civil Liberties Union (ACLU) telah membawa kes itu ke mahkamah. Kerajaan Amerika Syarikat kini sedang menimbangkan bagi meluluskan akta khusus bagi menyembunyikan bukti penyiksaan oleh tentera-tentera Amerika Syarikat terhadap tahanan mereka.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]