Penjara Sungai Buloh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penjara Sungai Buloh terletak berhampiran bandar Sungai Buloh, Selangor,Malaysia. Penjara ini diurustadbir oleh Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Antara yang pernah dipenjarakan di sini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kesalahan liwat .Editor laman blog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin juga ditahan di Penjara Sungai Buloh. Dr Abdul Razak Abdullah Baginda yang dikaitkan dengan Altantuya juga pernah ditshan di sini.

Doktor panel Penjara Sungai Buloh terpaksa merawat hampir 3,000 banduan. Doktor penjara terpaksa memeriksa pesakit HIV dan mengidap Aids.Kawalan dan persekitaran yang agak terkurung dengan kawalan yang agak ketat menyebabkan ramai doktor kerajaan di penjara berhenti.[1]

Pada 11 Disember 2007, penjara Sungai Buloh mengalami lebihan kapasiti 90 %. Sehingga 3 Disember 2007, terdapat 34,498 banduan di 28 penjara seluruh Malaysia, 415 penghuni di tiga sekolah pemulihan akhlak untuk remaja, 2,293 penghuni di empat pusat penmulihan, 70 penghuni di sebuah pusat tahanan perlindungan dan 6,624 penghuni di 11 depot tahanan pendatang asing tanpa izin.[2]

Insiden pergaduhan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Jun 2009, lima banduan menyerang seorang banduan lain. Pergaduhan itu kemudian disertai 18 banduan lain. nspektor Penjara yang bertugas, Awang Sharin cedera di tangan ketika cuba meleraikan pergaduhan itu.[3]

Penyelaras Suaram Tah Moon Hui mendapat maklumat bahawa sejumlah 20 banduan digari dan dibelasah oleh 10 pengawal penjara.Enam orang banduan cedera parah selepas dikatakan dibelasah oleh pengawal penjara .14 banduan yang turut cedera, tidak diberi rawatan perubatan.[4]

Pada 15 Jun 2009, Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N. Siva Subramaniam menyatakan Suhakam telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dipasang di tempat kejadian. Pergaduhan yang dipercayai berpunca akibat perebutan siaran televisyen di penjara itu menyebabkan empat orang banduan mengalami kecederaan serius, sementara yang lain mengalami cedera ringan.Inspektor Penjara yang bertugas, Awang Sharin cedera di tangan ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.Empat daripada banduan itu dipercayai cedera di kepala akibat dipukul dengan cota oleh pegawai penjara yang bertugas.Peraturan penjara membenarkan cota digunakan bagi melindungi diri jika keadaan terancam atau apabila keadaan memerlukan mereka untuk berbuat demikian.Banduan yang cedera telah dirawat oleh doktor penjara sejurus selepas kejadian tetapi telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dua hari kemudian atas desakan keluarga mereka.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]