Penjara seumur hidup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penjara seumur hidup ialah hukuman penjara bagi jenayah feloni serius (seperti pembunuhan bersiri, derhaka besar, rompakan yang menyebabkan kematian, mengedar dadah, berdagang manusia dll) di mana orang yang disabitkan dengan kesalahan akan dipenjarakan seumur hidupnya.

Bagaimanapun dalam banyak bidang kuasa, terdapat mekanisme formal yang membenarkan pesalah diberikan parol untuk masa tertentu. Ini bermakna pesalah berpeluang menghabiskan sisa masa hukuman (sehingga mereka mati) di luar penjara; tapi ini selalunya bersyarat bergantung kepada tingkah laku baik dan beberapa batasan atau tanggungjawab yang dikenakan.

Dalam kebanyakan bidang kuasa yang tidak mempunyai hukuman mati, penjara seumur hidup merupakan bentuk hukuman paling berat bagi jenayah (terutamanya hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol).

Terdapat juga hukuman serupa penjara seumur hidup, walaupun tidak bernama demikian. Misalnya hukuman penjara 100 tahun atau lebih.[1][2]

Di seluruh dunia[sunting | sunting sumber]

Undang-undang penjara seumur hidup di seluruh dunia: ██ Hukuman penjara seumur hidup digunakan ██ Hukuman penjara seumur hidup hanya untuk lelaki ██ Hukuman penjara seumur hidup dimansuhkan ██ Status hukuman penjara seumur hidup tidak diketahui

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Tamara Cohen; Matt Chorley (2 Januari 2014). "Sentence killers to more than 100 years in jail, say ministers". Daily Mail Online. Diperoleh pada 23 September 2014. 
  2. Zelda Venter (31 Julai 2013). "Life must be longest jail term - judge". IOL News. Diperoleh pada 23 September 2014.