Penstrataan (air)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Topik lapisan air Penstrataan atau stratifikasi air berlaku apabila jisim air dengan ciri berlainan - kemasinan (haloklin), pengoksigenan (kemoklin), ketumpatan (piknoklin), suhu (termoklin) - daripada lapisan yang bertindak sebagai sawar air bercampur yang boleh membawa kepada anoksia atau euksinia.[1] Lapisan-lapisan ini biasanya tersusun menurut ketumpatan, dengan jisim air paling kurang tumpat terletak di atas lapisan-lapisan lebih tumpat.

Penstrataan air juga mewujudkan sawar percampuran di antara lapisan. Ini boleh mempengaruhi pengeluaran utama di sesebuah kawasan dengan mengehadkan proses fotosintesis. Apabila nutrien dari bentos tidak boleh bergerak ke atas ke zon foto, fitoplankton mungkin dihadkan oleh ketersediaan nutrien. Pengeluaran utama lebih rendah juga membawa kepada daya cipta bersih lebih rendah di dalam air.[2]

Peredaran berskala besar jisim air terstrata secara mendatar, dipanggil peredaran termohalin, beralku di lautan. Seluruh corak peredaran memakan masa kira-kira 2000 tahun[petikan diperlukan].

Faktor perumit[sunting | sunting sumber]

Penstrataan mungkin diganggu oleh gelora. Ini mencipta lapisan campuran air. Bentuk gelora mungkin termasuk geseran permukaan laut-angin, julang air dan junam air.

Marshall et Al. (2002) mencadangkan bahawa pusar baroklin (kebaroklinan) mungkin merupakan faktor penting dalam pengekalan penstrataan.[3]

Templat:Clear left

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Miller, Charles B. (2004). Biological Oceanography. Blackwell Publishing. 
  2. Iriarte, J.L.; Gonzalez, Liu, Rivas, Valenzuela (2007). "Spatial and temporal variability of chlorophyll and primary productivity in surface waters of southern Chile (41.5E, 43S)". Estuarine, Coastal and Shelf Science 74 (3): 471–480. 
  3. Marshall, John; Jones, Karsten, Wardle (2002). "Can eddies set ocean stratification?". Journal of Physical Oceanography 32 (1): 26–32.