Penswastaan di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan Malaysia yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Sesetengah agensi kerajaan pula amat menarik dan menguntung . Kerajaan tidak perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan.

Biasanya agensi ini menyediakan utiliti utama seperti pengangkutan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia mengambil teladan dari negara Barat terutama Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian lama.

Persaingan akan meningkatkan kecekapan dan kerajaan tidak akan dipersalahkan jika kelemahan berlaku. Perdana Menteri malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad lebih percaya kepada perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta. Syarikat multinasional atau gergasi ini akan menjadi penaung kepada syarikat yang lebih kecil .

Peluang pekerjaan juga akan bertambah , dinamik dan mudah alih. Pekerja yang tidak setuju dengan dasar itu, boleh memohon kekal dengan kerajaan tetapi dipindahkan ke tempat yang baru. Mereka juga boleh memilih untuk berhenti dan mendapat pampasan yang tinggi. Wang pampasan boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan , menjadi usahawan baru.

Selama ini kerajaan tidak dapat membuang pekerja yang tidak cekap. Dengan dasar penswastaan ini, pekerja secara automatik menjadi lebih rajin kerana mendapat bayaran gaji yang tinggi. Mereka boleh kerja lebih masa dan bekerja lain di luar perkhidmatan.

CEO dan staf akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka. Mereka ada syer di dalamnya. Semasa penswastaan dilaksanakan, sejumlah saham diberikan kepada CEO dan semua staf secara percuma atau saham istimewa.

Dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelabuaran yang lebih besar dan yang membawa kepada pengembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga berlaku menerusi peningkatan kecekapan kerana lebih banyak output dapat dihasilkan melalui penggunaan sumber yang lebih kecil. Program penswastaan telah memberi kesan gandaan keapda ekonomi negara.

Walaupun objektif penswastaan bukanlah untuk mendapatkan hasil, program-program ini telah memberi sumbangan pendapatan yang banyak kepada Kerajaan daripada penjualan aset dan ekuiti.

Dasar ini juga memberi manfaat keapda golongan yang berpendapatan rendah. Penglibatan yang menyeluruh ini telah dicapai melalui tawaran awam kepada orang ramai dan juga pelabur institusi seperti amanah sahan negari. Pemilikan Bumiputra juga telah meningkat menerusi program penswastaan entiti Kerajaan secara MBO. Menerusi kaedah ini, bilangan usahawan Bumiputera yang terlibat juga meningkat selaras dengan penwujudan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Dasar ini juga membolehkan rakyat Malaysia mendapat teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan atau penyediaan khidmat perunding. Seterusnya membolehkan rakyat Malaysia dengan sendirinya mengendali dan mengurus teknologi baru dalam bidang tertentu dalam peningkatan kecekapan dan produktiviti.

Pelaksanaan program penswastaan akan dipertingkatkan menerusi stategi berikut:

1. Mempercepatkan proses mengenal pasti dan menilai projek dan entiti yagn akan diswastakan serta menyeragamkan pelaksanaannya.

2. Memperluas dan mempertingkatkan peranan entiti yang diswastakan bagi memenuhi matlamat sosioekonomi.

3. Memudahkan pemindahan teknologi dengan menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh syarikat besar yang diswastakan.

4. Memastikan penglibatan yang lebih meluas di kalangna syarikat tempatan khususnya bagi penswastaan projek infrastruktur.

5. Menggalakkan penggunaan bahan tempatan secara meluas bagi memastikan idustri dan perkhidmatan tempatan berkembang.

6. Memperluaskan penglibatan Bumiputera dalam pengurusan syarikat serta melaksanakan penyusunan rangkaian pemasaran dan program pembangunan vendor.

7. Mengenal pasti dan menggalakkan instrumen dan sumber pembiayaan baru bagi entiti yang diswastakan.

8. Memperbaiki rangka kerja badan kawal-selia untuk memastikan keberkesanannya.

9. Memperkukuhkan mekanisme pengesanan dan penilaian prestasi entiti yang diswastakan.

10. Menggalakkan lebih banyak syarikat tempatan yang telah diswastakan mengambil bahagian dalam projek penswastaan di luar negara.


Pada peringkat awal penswastaan ini, majoriti rakyat Malaysia menyokong penuh dasar ini Tetapi selepas beberapa tahun , syarikat ini cenderung meningkatkan harga kerana pelabur mahukan keuntungan yang tinggi. Mangsanya ialah pengguna.

Senarai Badan Kerajaan yang Diswastakan di Malaysia sejak tahun 1980-an[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
  • Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
  • Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
  • Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
  • Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd
  • Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
  • Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA Berhad

Rujukan[sunting | sunting sumber]