Pentakrifan semula maksud planet 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) mentakrifkan semula maksud "planet" dalam sistem suria sebagai:

Badan bukan satelit yang memenuhi dua syarat pertama digelar "planet kerdil", manakala badan bukan satelit lain (cuma memenuhi syarat pertama) dipanggil "badan sistem suria kecil" (dulu planet minor). Pentakrifan semula ini amat kontroversi dan banyak dikritik.

Menurut takrifan ini, kini terdapat lapan planet dan tiga planet kerdil dalam sistem suria. Pentakrifan ini khusus untuk Sistem Suria sahaja, jadi tidak boleh digunakan dalam kes planet luar suria.

Sistem Suria dengan lapan planetnya (tidak mengikut skala)


Sebab perdebatan[sunting | sunting sumber]

Sejak penemuan Pluto pada 1930, ahli astronomi telah menganggap sistem suria mempunyai matahari, sembilan planet dan pelbagai badan lain. Namun pada 2000 sejak penemuan sekurang-kurangnya tiga badan (Quaoar, Sedna dan Eris), semuanya hampir sama dengan Pluto dari segi saiz dan orbit, keadaan di mana planet baru harus ditambah atau planet lama dibuang telah wujud. Terdapat juga persoalan mengenai pengelasan planet dalam sistem bintang lain. Pada 2006, perkara ini terpaksa diselesaikan segera dengan kepastian bahawa objek selepas-Neptun baru Eris, didapati lebih besar daripada Pluto.

Perdebatan dalam IAU mendorong Julio Fernández dan Gonzalo Tancredi dari Uruguay[1] untuk mencadangkan penakrifan semula istilah planet untuk menambah senarai planet sedia ada[2]. Ahli-ahli Perhimpunan Agung IAU dijadualkan mengundi mengenai cadangan tersebut pada 24 Ogos 2006 di Prague, Republik Czech. Sebaliknya, status Pluto sebagai planet ditarik balik dan diberikan status baru planet kerdil[3]. Pluto memang berbeza dengan planet lain, ia kecil, jauh dan orbitnya aneh.

Cadangan asal akan mengekalkan Pluto dan menambah tiga planet baru: Kharon (bulan Pluto), Ceres (asteroid), dan yang terbaru Eris (2003 UB313). Ia amat mungkin bahawa para ahli astronomi akan menjumpai lebih banyak objek yang sesuai dengan takrifan baru ini selepas carian lanjut pemerhatian angkasa lepas.

Draf cadangan[sunting | sunting sumber]

16 Ogos[sunting | sunting sumber]

Draf cadangan asal IAU akan menambahkan 3 planet; di sini dibandingkan dengan Bumi
Ilustrasi cadangan draf
Sedozen "calon planet" yang berkemungkinan termasuk dalam takrifan baru ini

IAU menerbitkan cadangan draf asalnya pada 16 Ogos 2006. Pentakrifan ini mengikut sedikit-sebanyak pilihan kedua yang ditimbangkan panel 19 ahli itu pada tahun 2005. Dalam perkataan tepatnya, ia adalah:

Satu planet merupakan satu badan angkasa yang (a) mempunyai berat yang cukup untuk graviti-dirinya mengatasi tekanan rigid supaya ia menjadi satu keseimbangan hidrostatik (bentuk hampir bulat) dan, (b) berada dalam orbit mengelilingi satu bintang, dan tidak merupakan satu bintang mahupun satu satelit planet lain.

Cadangan ini akan mendorong tiga jasad cakerawala menjadi planet:

  • Ceres, yang memang diangggap sebagai planet apabila mula dijumpai, tetapi kemudian dianggap sebagai asteroid
  • Kharon, bulan Pluto; sistem Pluto–Kharon akan dipertimbangkan sebagai planet berkembar
  • Eris, suatu jasad di cakera terserak di hujung sistem suria

Dua belas lagi planet mungkin akan menyertai senarai ini apabila maklumat lanjut mengenai bentuk fizikal mereka diketahui. Beberapa objek dalam objek dalam senarai kedua ini lebih berkemungkinan akan dinamakan "planet" berbanding yang lainnya. Berlainan dengan apa yang dilaporkan media, cadangan ini tidak semestinya menjadikan Sistem Suria mempunyai 12 planet[4]. Malah menurut Mike Brown, penemu Sedna dan Eris, takrifan baru ini mungkin boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 53 planet dalam sistem suria menjadi planet, dan tinjauan menyeluruh mungkin akan menjumpai lebih dari 200[5].

Sepasang objek boleh dikira sebagai planet berkembar jika mereka secara tersendirinya memenuhi kriteria takrifan planet, dan pusat graviti sistem (dikenali sebagai baripusat) terletak di luar kedua-dua badan[6]. Pluto dan Kharon merupakan satu-satunya planet berkembar dalam Sistem Suria yang diketahui. Satelit planet lain (seperti bulan Bumi) mungkin mempunyai keseimbangan hidrostatik tetapi tidak diterima sebagai planet kerana baripusatnya terletak dalam jasad cakerawala yang lebih berat (iaitu Bumi).

Istilah "planet minor" diketepikan dan digantikan dengan kategori "badan sistem suria kecil" dan satu lagi pengelasan baru "pluton". Kategori pertama boleh mengelaskan objek yang tidak menepati syarat "berbentuk sfera". Kategori kedua termasuklah planet yang mempunyai kecenderungan tinggi dengan keanehan yang pelbagai dan satu orbit yang memakan masa lebih 200 tahun (iaitu planet yang lebih jauh dari Neptun). Pluto merupakan satu planet yang menepati maksud ini. Istilah "planet kerdil" boleh digunakan untuk menakrif kesemua planet yang lebih kecil daripada lapan "planet tradisi" yang berorbit mengelilingi Matahari walaupun bukan merupakan pengelasan IAU yang rasmi [7]. IAU masih belum membuat cadangan dalam resolusi draf ini mengenai apa yang membezakan planet dengan kerdil coklat [8]. Keputusan akhir mengenai draf ini akan dijangka diketahui menjelang 24 Ogos 2006 [4].

Pentakrifan semula ini mungkin juga boleh mewujudkan berlakunya perubahan dalam pengelasan untuk objek-objek trans-Neptun seperti 2003 EL61, 2005 FY9, Sedna, Orcus, Quaoar, Varuna, 2002 TX300, Ixion, 2002 AW197, dan asteroid Vesta, Pallas dan Hygiea.

Cadangan ini bagaimanapun dikritik kerana dikatakan kabur.

18 Ogos[sunting | sunting sumber]

Menurut Alan Boss dari Carnegie Institution of Washington, sekumpulan ahli IAU bertemu pada 18 April untuk mengetahui pandangan mengenai cadangan tersebut. Didapati cuma 18 orang bersetuju manakala 50 lagi yang hadir tidak. Mereka lebih sukakan cadangan ahli astronomi Uruguay, Julio Ángel Fernández [6]. Dalam cadangan ini, satu-satunya perubahan pada sistem suria kini ialah Pluto diturunkan taraf menjadi planet kerdil.

22 Ogos[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos, cadangan draf asal ditulis semula dengan dua perubahan.

Perubahan pertama ialah anggapan umum mengenai nama kelas baru planet (sebelum ini 'pluton), dengan namanya ditangguh dahulu. Ini adalah kerana istilah pluton telah lama digunakan oleh ahli geologi [9] untuk mewakili sejenis perejahan magma [10][11]. Kekeliruan ini tidak dikehendaki kerana bidang planetologi berkait rapat dengan geologi[12]. Lagipun dalam bahasa lain seperti Perancis dan Sepanyol, Pluto memang dipanggil Pluton.

Perubahan kedua melibatkan takrifan planet berkembar. Terdapat kebimbangan dalam kes melampau orbit salah satu jasad adalah luar biasa, baripusat boleh bergerak ke dalam dan ke luar jasad utama. Jasad tersebut sentiasa bertukar antara satelit dan planet bergantung kepada orbitnya. Jadi ia diubah supaya dikira planet berkembar jika baripusatnya berada di luar kedua-dua badan untuk sebahagian besar orbit sistem tersebut.

Namun kemudian pada petangnya, perubahan pertama dibatalkan dalam suatu mesyuarat, dan cadangan Julio Ángel Fernández mendapat sokongan [13]. Manakala dalam mesyuarat kedua, kedua-dua pihak cuba bertolak ansur dengan menghadkan takrifan ini kepada Sistem Suria sahaja.

24 Ogos[sunting | sunting sumber]

Takrifan draf ketiga dan terakhir ialah:

IAU... membuat ketetapan bahawa planet dan jasad lain dalam Sistem Suria boleh dikelaskan kepada tiga kategori berbeza mengikut cara berikut:

(1) Planet [1] ialah jasad cakerawala yang (a) mengorbit Matahari, (b) mempunyai jisim yang cukup untuk graviti-sendiri melawan daya badan tegar sehingga ia mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat), dan (c) melepasi orbit planet jiran.

(2) "Planet kerdil" ialah jasad cakerawala yang (a) mengorbit Matahari, (b) mempunyai jisim yang cukup untuk graviti-sendiri melawan daya badan tegar sehingga ia mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat) [2], (c) tidak melepasi (bersilang) dengan orbit jiran, dan (d) bukan satelit [planet].

(3) Semua objek lain [3] yang mengorbit Matahari akan dirujuk sebagai “Badan Sistem Suria Kecil”.

[1] Lapan planet tersebut ialah: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun.

[2] Satu kaedah IAU akan diwujudkan untuk mengendalikan objek di sempadan antara "planet kerdil" dan kategori lain.

[3] Kini termasuklah kebanyakan asteroid, objek trans-Neptun, komet dan lain-lain.
Ilustrasi cadangan terakhir

Pengundian dilakukan pada sesi petang, namun daripada lebih seribu ahli IAU yang hadir, cuma 424 orang mengundi mengenai Resolusi 6A (di bawah).

Jawatankuasa Eksekutif IAU membentang empat resolusi kepada Perhimpunan, yang menyentuh sepek berlaianan mengenai perdebatan ini [14].

  • Resolusi 5A ialah takrifan itu sendiri seperti di atas. Terdapat banyak perbincangan antara ahli mengenai penyataan "melepas orbit jiran" dan bukan "jasad dominan", dan mengenai implikasi takridan ini kepada satelit. Resolusi ini akhirnya diluluskan hampir sebulat suara.
  • Resolusi 5B cuba meminda takrifan di atas dengan menambahkan perkataan klasik pada planet dalam perenggan (1) dan nota kaki [1]. Resolusi ini gagal dengan hanya 91 ahli bersetuju.
  • Resolusi 6A mencadangkan suatu penyataan berkenaan Pluto: "Pluto ialah satu planet kerdil dari takrifan di atas dan diakui sebagai prototaip kategori baru objek trans-Neptun". Selepas sedikit bantahan mengenai tatabahasa dan erti objek trans-Neptun, resolusi ini berjaya dengan undi 237-157. Maka kategori baru planet kerdil tercipta.
  • Resolusi 6B cuba menamakan kategori dalam Resolusi 6A di atas: "Kategori ini dipanggil 'objek pluton'". Tiada perdebatan, dan resolusi ini gagal dengan undi 183-186. Nama kategori baru ini akan ditentukan kelak.

Kesan dan reaksi[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Astronomi Antarabangsa secara drastik telah menurunkan kedudukan Pluto sebagai planet kesembilan dalam sejarah Sistem Suria.

Perubahan itu akan menyebabkan para guru di seluruh dunia terpaksa meneliti semula jadual pembelajaran apabila sesi persekolahan kembali dibuka. Ia juga akan memberi kesan kepada industri mainan dan artifak astronomi. Mereka berpendapat yang ia memerlukan sedikit penjelasan tetapi tidak lebih daripada pengesahan semula. Penggunaan teleskop berkuasa tinggi yang baru akan mengubah cara mereka mengukur misteri sistem solar.

Ahli-ahli astronomi telah bekerja keras tanpa mendapat sebarang definisi sejagat mengenai planet sebelum Copernicus membuktikan Bumi beredar mengelilingi matahari dan pakar-pakar yang berkumpul di Prague berpecah pendapat apabila garis panduan itu diluluskan.

Keputusan IAU, pegawai pemutus berhubung objek di angkasa, telah mengetatkan keahlian dalam kelab kosmik elit kepada lapan planet sahaja iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Pluto dan objek sepertinya akan dikenali sebagai planet kerdil yang akan menimbulkan persoalan berkaitan semantik:

"Jika baju hujan masih baju, jika telefon bimbit masih telefon, kenapa planet kerdil masih planet?"

NASA[sunting | sunting sumber]

Menurut NASA, penurunan status Pluto tidak menjejaskan misi kapal angkasanya New Horizon yang bernilai USD700 juta (RM2.59 bilion), yang akan memulakan pengembaraan selama sembilan tahun setengah bermula tahun ini bagi mengkaji rahsia objek ganjil itu. Alan Stern yang merupakan ketua misi tersebut ‘kecewa’ dengan penurunan status Pluto dan menjangkakan undian yang dibuat tidak akan menamatkan perdebatan. Baginya, ia hanyalah satu istilah dan keputusan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sains. Walaupun 2,500 ahli-ahli astronomi dari 75 negara menghadiri persidangan itu, hanya 300 sahaja yang mengundi.

Kritikan utama adalah mengenai penyataan "melepasi orbit jiran". Menurut Alan Stern, saintis NASA, Bumi, Marikh, Musytari dan Neptun juga tidak melepasi orbit jiran, sama seperti Pluto. Orbit Bumi contohnya, terletak berhampiran 10,000 asteroid. Dan "jika Neptun melepasi orbit jiran, Pluto tidak akan ada di situ", dia menambah [15].

Waris penemu[sunting | sunting sumber]

Patricia Tombaugh iaitu balu kepada Clyde Tombaugh, orang yang menemui Pluto, berasa kecewa dan sedikit keliru. Katanya keputusan penurunan status Pluto ibarat dia telah kehilangan pekerjaan. Walau bagaimanapun, dia memahami yang semua itu sains yang sentiasa bergerak. Malah, mendiang suaminya turut pernah berasa risau tentang perkara yang sama iaitu penemuannya tidak diperdebatkan sama ada sebuah planet atau bukan.

Mungkin ramai tidak kisah sama ada Pluto itu planet atau bukan tetapi jelas, planet lebih diingati berbanding yang lain kerana planet diibaratkan adik beradik rapat sistem suria manakala yang lain hanya diibaratkan saudara. Dijangkakan, penurunan status Pluto akan mencetuskan banyak nostalgia.

Ahli astrologi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah ahli astrologi kurang berpuas hati kerana mereka tidak diberi ruang untuk menyatakan pendapat[16].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Uruguay celebra salida de Plutón". AFP-EFE. Diterbitkan oleh El Nacional (akhbar Venezuala) pada 26 Ogos 2006
  2. ^ Connor, Steve (16 Ogos 2006). "Solar system to welcome three new planets". New Zealand Herald.
  3. ^ "Pluto loses status as a planet". BBC. 24 Ogos 2006. Dicapai pada 24 Ogos. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ a b Gareth Cook (2006). "Nine no longer: Panel declares 12 planets". Boston Globe. Dicapai pada 16 Ogos 2006.
  5. ^ Mike Brown (2006). "How Many Planets Are There?". CalTech. Dicapai pada 16 Ogos 2006.
  6. ^ a b Robert Roy Britt (2006). "Nine Planets Become 12 with Controversial New Definition". Space.com. Dicapai pada 16 Ogos 2006.
  7. ^ "Draft Resolution 5 for GA-XXVI: Definition of a Planet". International Austronomical Union. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-22. Dicapai pada 2006-08-17. Dicapai pada 16 Ogos 2006.
  8. ^ "Planet Definition" Questions & Answers Sheet". International Austronomical Union. 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-22. Dicapai pada 2006-08-17. Dicapai pada 16 Ogos 2006.
  9. ^ "Star-gazers puzzled by Pluto". Independent Online. 2006. Dicapai pada 18 Ogos 2006.
  10. ^ "Geologists Force Astronomers To Rethink Pluto Plan". 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-17. Dicapai pada 2006-09-19. Dicapai pada 18 Ogos 2006.
  11. ^ Elise Kleeman (2006). "Planet, pluton or rock?". Pasadena Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2006-09-19. Dicapai pada 20 Ogos 2006.
  12. ^ Geoff Brumfiel (21 Ogos 2006). "Plutons, planets and dwarves : Geologists and astronomers wrangle over words". news@nature.com.
  13. ^ Overbye, Dennis (22 Ogos 2006). "Pluto Seems Poised to Lose Its Planet Status". New York Times.
  14. ^ IAU General Assembly Newspaper, 24 Ogos 2006
  15. ^ "Pluto vote 'hijacked' in revolt". BBC.
  16. ^ Jane Spencer (25 Ogos 2006). "Pluto's demotion divides astrologers, troubles Scorpios". Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-01. Dicapai pada 2006-09-20. Unknown parameter |accessed= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]