Penunggu Gunung Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penunggu Gunung Raya
GenreSeram
PengarahFaisal Ishak
Dibintangi oleh
Zizan Nin
Emelda Rosmila
Fouziah Gous
Sahee D.
Negara asal Malaysia
Bilangan episod13
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Siaran asal15 Februari 2010 – 13 Mei 2010
Kronologi
MengikutiJangan Tegur... Lagi
Diikuti olehRoh Kembali...

Penunggu Gunung Raya ialah sebuah siri TV seram terbitan Filmscape yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Seram (Khamis, 9.30 malam).

Am[sunting | sunting sumber]

Berlatarbelakangkan sebuah kampung yang bernama Gunung Raya, drama bersiri seram ini mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing. Akhirnya, mereka berempat yang sudah lama terpisah ini pulang ke Kampung Gunung Raya kerana diselubungi mimpi-mimpi aneh. Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran). Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati.

Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut. Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru.

Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya. Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan. Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Zizan Nin sebagai Azam, seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri.
  • Emelda Rosmila sebagai Intan, seorang janda muda yang baru kematian suami akibat dibunuh dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia.
  • Fouziah Gous sebagai Mas, bekas perempuan simpanan yang diselubungi rasa bersalah dan ketakutan setelah membunuh kekasih sendiri walaupun hidup mewah bersamanya.
  • Sahee D. sebagai Omar, seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan, tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai Kampung Gunung Raya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Penunggu Gunung Raya Berikutnya
Jangan Tegur... Lagi Roh Kembali...