Penyakit Kudis Antraks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kudis Anthrax merupakan salah satu cara penyakit Antrax berjangkit. Cara-cara penyakit Antrax berjangkit adalah seperti berikut :-

1. Kudis Anthrax (cutaneous anthrax)

2. Antrax Salur Perut (Gastrointestinal anthrax)

3. Antrax secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease)

Dalam 95% kes kudis Antrax, ia menjangkiti manusia melalui luka. Luka kecil pada badan terutama dibahagian terdedah seperti muka dan lengan dijangkiti spora Antrax dari haiwan berpenyakit, bangkai atau tanah. Spora Antrax membiak dan kudis tumbuh dikawasan jangkitan. Kudis ini akan bernanah dalam tempoh 12-36 jam jangkitan. Antrax boleh menjadi bertambah teruk dan tersebar sekiranya tidak dirawat. Sekiranya Antrax memasuki salur darah, Antrax boleh membawa maut. 20% daripada kes yang tidak dirawat membawa kematian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]