Penyakit lembu gila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyakit lembu gila (BSE) (bahasa Inggeris: mad cow disease) ialah sejenis penyakit neurodegeneratif lembu yang boleh membawa maut. Penyakit ini menjangkit melalui satu mekanisme yang telah mengejutkan ahli-ahli biologi ketika penemuannya pada akhir abad ke-20. Sedangkan penyakit ini tidak pernah membunuh lembu-lembu pada skala yang sama dengan penyakit-penyakit ternakan yang lain, umpamanya penyakit kuku dan mulut atau rinderpes, penyakit lembu gila telah menyebabkan perhatian yang meluas kerana penyakit ini kelihatan mungkin boleh menjangkiti manusia; penyakit ini dipercayai mengakibatkan kelainan penyakit Creutzfeldt-Jakob (vCJD) (kekadang digelarkan kelainan penyakit Creutzfeldt-Jakob baru (nvCJD)), satu penyakit yang menyebabkan otak manusia semakin susut, walaupun perkaitan ini tidak pernah dibuktikan. Nama saintifik untuk penyakit lembu gila ialah ensefalopati spongiforma lembu atau BSE (bahasa Inggeris: bovine spongiform encephalopathy ).

Agen jangkitan[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan penyakit-penyakit berjangkit yang lain yang diakibatkan oleh mikrob, agen jangkitan BSE ialah sejenis protein yang khusus. Protein-protein prion yang salah lipat merebak penyakit ini antara individu dan mengakibatkan otak semakin susut. BSE ialah sejenis ensefalopati spongiform berjangkit (TSE: transmissible spongiform encephalopathy) yang boleh muncul dalam haiwan-haiwan yang mempunyai sejenis alel prion mutan yang jarang didapati. Alel ini menyebabkan prion meliukkan diri dalam bentuk yang mengakibatkan penyakit. Bagaimanapun, kebanyakan TSE terjadi sekali-sekala dalam haiwan-haiwan yang tidak mempunyai mutasi protein prion.

Jangkitan boleh terjadi ketika haiwan-haiwan yang sihat makan tisu-tisu haiwan yang mempunyai penyakit BSE. Protein-protein mutasi dalam tisu haiwan kemudian mencacati protein prion sel otak yang asli dan ini pula mengakibatkannya mencacati protein yang lain dalam satu siri pertumbuhan eksponen. Protein-protein yang dicacati ini berkumpul untuk membentuk gentian-gentian plak padat yang kelihatan seolah-olah "lubang-lubang" pada otak di bawah mikroskop. Kejadian ini mengakibatkan kemerosotan keupayaan fizikal dan mental, dan akhirnya kematian. Sebilangan TSE dapat bertahan suhu-suhu keterlaluan dan tidak terjejas oleh disinfektan rumah tangga.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Perkara am/Berita

Halaman-halaman kerajaan

Kumpulan Pengguna/Kesihatan

Halaman Sains/Penyelidik

Halaman Industri Daging Lembu/Lembu