Penyakit senggugut teruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.

Senggugut utama[sunting | sunting sumber]

Senggugut utama atau Senggugut primer adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua[sunting | sunting sumber]

Sementara senggugut sekunder disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko senggugut[sunting | sunting sumber]

Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Gamat berkesan menahan sakit dan radang ketika senggugut. la turut memainkan peranan dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin tadi. [perlu rujukan]

Simptom[sunting | sunting sumber]

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu (PMID 11571794). Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk[1]

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jantung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot

Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.

Kaitan genetik[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, jumpaan genetik penting yang pertama dalam kecacatan disphorik prehaid (premenstrual dysphoric disorder) dilaporkan, yang mewakili kemajuan besar dalam memahami PMDD.

Sebelumnya, penyelidik telah menunjukkan bahawa wanita yang mengidap PMDD mempunyai tindak balas luar biasa kepada aras hormon normal, dan, dengan itu, sensitif jauh berbeza kepada perubahan hormon mereka sendiri. Dalam satu kajian, Dr. Liang Huo dan sejawatnya, mendapati variasi dalam gen alfa penerima estrogen mempunyai kaitan dengan PMDD. Wanita dengan variasi genetik ini lebih berkemungkinan mengidap PMDD. Mereka juga mendapati bahawa kaitan ini hanya dijumpai pada wanita dengan bentuk variasi gen lain, catechol -- o -- methyltransferase (COMT), yang terbabit dalam mengawal fungsi prefrontal cortex, pengawal penting bagi perasan (mood).

Jumpaan ini telah diterbitkan dalam "Risk for Premenstrual Dysphoric Disorder Is Associated with Genetic Variation in ESR1, the Estrogen Receptor Alpha Gene" oleh Liang Huo, Richard E. Straub, Peter J. Schmidt, Kai Shi, Radhakrishna Vakkalanka, Daniel R. Weinberger dan David R. Rubinow, dalam Biological Psychiatry, Volume 62, Issue 8 (Oktober 15, 2007), diterbitkan oleh Elsevier.

Latar belakang dan kontrovesi[sunting | sunting sumber]

Terdapat bukti asas neurologi bagi tekanan PMDD. Simptom utama perasaan (mood) nilaian diri oleh wanita yang mengalami dysphoria pre haid menunjukkan kaitan kuat dengan semakin teruk concomitant bagi precursors serotonin pada otak mereka, diukur secara objektif menggunakan tomografi pancaran positron (Positron emission tomography) (PET) (PMID 16515859).

Sungguhpun punca PMDD tidak dibuktikan dengan jelas, teori utama mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh kekurangan serotonin ( pemancar saraf neurotransmitter) dan dipengaruhi oleh perubahan aras hormon seks (progesterone, estrogen, dan testosterone) dalam fasa bulan (luteal phase) dalam kitaran haid (PMID 16515859).

Menyokong hipotesis kepentingan peranan serotonin, sejumlah (selective serotonin reuptake inhibitor) (SSRIs) telah terbukti dalam ujian klinikal sebagai berkesan bagi merawat komponen perasaan bagi PMDD apabila diambil semasa fasa dysphorik.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Pertukaran cara hidup seperti selalu senaman secara berkala dan permakanan seimbang mungkin melegakan sesetengah kesan PMDD. Terdapat bukti bahawa vitamin B6 dalam dos sehingga 100mg mampu meringankan simptom.[2] Certain SSRIs provide relief as well.[3] pentadbiran Makanan dan Dadah U.S. (U.S. Food and Drug Administration - FDA) telah meluluskan empat ubat-ubatan bagi merawat PMDD: Fluoxetine (juga dikenali sebagai Prozac), diluluskan oleh pentadbiran Makanan dan Dadah U.S. bagi PMDD pada 2000. Sertraline (Zoloft) diluluskan pada 2002, Paroxetine HCI (Paxil) dan juga Escitalopram Oxalate (Lexapro) juga telah diluluskan oleh FDA. Paten bagi Fluoxetine telah tamat tempoh, tetapi Eli Lilly berjaya mendapatkan paten baru bagi kegunaannya dalam rawatan PMDD, yang sejak itu dipasarkan secara meluas di bawah cap dagang Sarafem.[4] Bagaimanapun Fluoxetine kini terdapat sebagai generik dalam dos yang sama dalam Sarafem, dengan harga generik kebiasaannya sebahagian kecil dari kos jenama Sarafem. L-tryptophan, a serotonin precursor, didapati dalam dua kajian menunjukkan kelegaan besar apabila dibekalkan dalam dos besar (enam gram) sehari.[5]

Pilihan lain adalah rawatan hormon; rawatan paling mudah adalah pil perancang, yang mungkin mengurangkan atau malah menyingkirkan simptom. Pil perancang turut mampu memburukkan simptom sesetengah wanita kerana ia mengandungi progesteron dan ramai wanita mengidap PMS dan terutamanya PMDD adalah alahan kepada progesterone (yang terhasil semulajadi dalam tubuh mereka dan buatan). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa progesterone mungkin merupakan punca PMDD dan PMS (Watson et al 1989; Leather et al 1999; Studd et al 2004).

Rawatan penuh hanyalah dengan membuang ovari atau putus haid (menopause). Bagaimanapun, rawatan hormon biasanya diperlukan bagi meniru aras hormon semulajadi.

  1. ^ "Premenstrual Syndrome" ("What is Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD?) Diarkibkan 2009-01-06 di Wayback Machine"
  2. ^ [1]
  3. ^ "Premenstrual Syndrome". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-06. Dicapai pada 2008-12-24.
  4. ^ Jennifer Daw (2002-10-09). "Is PMDD real?". 33. American Psychological Association Monitor on psychology. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  5. ^ A placebo-controlled study of the effects of L-tryptophan in patients with premenstrual dysphoria. PMID 10721042