Penyanyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Bariton
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Penyanyi merujuk kepada ahli muzik yang menggunakan suaranya untuk menghasilkan muzik. Kebiasaannya, nyanyian hanya merujuk kepada melodi suara sahaja, namun istilah "vokalis" merangkumi makna yang serupa dengan merujuk kepada bunyi-bunyi bukan melodi, termasuk penggunaan suara sebagai sebahagian dari gubahan muzik. Sebagai contoh, percakapan death grunt, dan rapping tergolong dalam istilah nyanyian vokal.

Penyanyi utama ialah seorang yang menyanyikan vokal utama di dalam sesebuah lagu manakala penyanyi iringan atau penyanyi latar belakang menyanyikan vokal sokongan untuk lagu tersebut. Pengecualian dibuat kepada satu kumpulan 5 penyanyi untuk muzik a cappella gospel di mana penyanyi utama menyanyikan dengan suara yang tertinggi di antara lima suara, tetapi tidak menyanyikan melodi yang sama dengan empat penyanyi - penyanyi lain.

Dalam muzik klasikal dan opera Eropah, suara dilayan sama seperti alat muzik. Penggubah-penggubah menulis muzik untuk alat-alat muzik dengan memahami sifat-sifat vokal penyanyinya. Penyanyi-penyanyi membina kerjaya mereka dengan mengkhususkan dalam gaya-gaya muzik yang tertentu.

Klasifikasi suara[sunting | sunting sumber]

Untuk membantu penggubah dan penyanyi, sistem klasifikasi diperkembangkan dari masa kesemasa. Kuat atau laju suara seorang penyanyi menyampaikan nyanyian diambil kira, manakala sebilangan sistem merangkumi sifat-sifat bukan muzik seperti wajah penyanyi, betapa cekap seseorang penyanyi dalam bakat lakonan (amat penting dalam opera), dan juga samada penyanyi tersebut boleh melakonkan watak komedi. Di Jerman, rumah-rumah opera menggunakan satu kaedah pengisihan yang rumit yang digelarkan sistem fach yang mempertimbangkan kesemua unsur ini.

Klasifikasi lingkungan suara penyanyi dibuat mengikut tesitura, berat suara dan warna nada suara lantang. Walaupun menggunakan garis panduan ini, masih terdapat banyak kategori untuk klasifikasi suara. Berikut adalah klasifikasi mengikut lingkungan suara bagi wanita dan lelaki:

Ercole de' Roberti: Konsert, k.k. 1490

Masih terdapat banyak gelaran yang lain, termasuk soubret, heldentenor, koloratura dan basso buffo. Terdapat juga kategori-kategori untuk lelaki yang berupaya bernyanyi dalam nada suara wanita. Jenis suara ini adalah jarang, tetapi masih digunakan sehingga kini di dalam opera. Dalam muzik era barok, banyak peranan telah ditulis untuk kastrato, iaitu penyanyi lelaki yang dikembiri ketika masih budak untuk mencegahkan perubahan suara mereka. Dengan latihan yang baik, penyanyi lelaki hari ini masih boleh bernyanyi untuk peranan ini. Jenis penyanyi ini dipanggil kauntertenor untuk peranan alto kastrato, dan sopranis (atau "sopranista") untuk peranan soprano kastrato.

Penyanyi-penyanyi juga boleh dikelaskan menurut gaya muzik yang dinyanyi mereka, seperti penyanyi soul dan vokalis karnatik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]