Penyeludupan manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penyeludupan manusia merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pengangkutan manusia merentasi sempadan antarabangsa ke pintu masuk bukan rasmi negara destinasi bagi banyak tujuan. Selalunya mereka yang diangkut tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau kebenaran untuk memasuki negara destinasi.

Penyeludupan manusia berlaku akibat dari ketidakupayaan sesebuah negara mengawal kawasan darat dan perairan. Biasanya manusia menyeludup dan berhijrah dari negara yang miskin, mundur dan tertutup ke sebuah negara yang maju dan mempunyai potensi ekonomi yang tinggi. Ia satu bentuk pengabdian manusia yang baru.

Penyeludupan manusia terbahagi 3 iaitu sebenar-benarnya diseludup, mereka menyeludup sendiri dan penyeludupan secara sukarela. Ramai wanita asing yang ditangkap atau diselamatkan daripada terlibat dengan pelacuran mendakwa mereka adalah mangsa pengedaran. Ramai yang masuk atas kehendak sendiri untuk mencari pekerjaan.[1]

Penyeludupan manusia bukan satu masalah luar biasa di Asia kerana globalisasi membolehkan pergerakan manusia yang lebih melalui migrasi rentas negara yang menyebabkan penyeludupan manusia. Seramai 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dan 80% daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak.[2]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Malaysia yang terletak di tengah-tengah Asia Tenggara menjadi negara transit lelaki, wanita dan kanak-kanak dari Afghanistan, Pakistan, Myanmar dan lain-lain negara berhijrah ke Australia. Penduduk Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India memudahkan mereka menggunakan negara ini sebagai batu loncatan ke negara lain. Malaysia menjadi destinasi, sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak.Penyeludupan manusia ini berkait dengan perdagangan seks, pelacuran, buruh kanak-kanak dan buruh paksa.

56 wanita Malaysia ditangkap di luar negara yang digunakan sebagai keldai dadah / pembawa dadah. Pembawa dadah ini adalah orang muda, wanita yang berpelajaran dan mungkin melibatkan penyeludupan manusia.

Siasatan Tenaganita mendapati gadis yang diseludup akan dirogol, terdedah kepada dadah dan menghisap rokok ketika usia muda. Peraturan visa dan pasport hendaklah diperketatkan.Banyak dokumen yang dipalsukan, terutama umur mereka. Penyeludup menggunakan penepian lanjutan (visa) untuk menyimpan orang yang diseludup di sesebuah negara selama beberapa bulan dengan melanjutkan tempoh visa sebelum membawa mereka ke tempat lain. Permintaan terhadap gadis berumur antara 16 dan 24 tahun amat tinggi.Kerjaya sebagai pekerja seks sangat tinggi kerana pelanggan percaya mereka bebas daripada HIV/AIDS.[3]

Tahun 2007 Malaysia diletakkan pada tahap tiga. Malaysia telah menggubal Akta Anti-Penyeludupan Manusia 2007 bagi mengatasi masalah memperdagangkan manusia. Status Malaysia diturunkan kepada tahap dua. Tapi 2009 dimasukkan semula dan dikelaskan tahap 2. Dari 2007-2008, seramai 33 mangsa suspek penyeludupan manusia diselamatkan oleh polis, imigresen dan Rela. Mereka ditempatkan di dua buah rumah perlindungan.

Pada 17 Jun 2009, disiarkan laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - menganalisis usaha 173 negara memerangi buruh paksa, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain. Laporan itu telah menyenaraihitamkan Malaysia bersama-sama 16 negara lagi. Status Malaysia kini pada tahap 2.!6 negara lain ialah Zimbabwe, Sudan dan Arab Saudi. Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam selain Myanmar, Papua New Guinea, Fiji dan Korea Utara.

Pada 17 Jun 2009, Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat yang memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara menyeludup manusia. Tahun 2008 Malaysia dikeluarkan dari senarai itu.

Menteri akan turun padang meninjau keberkesanan dan kelemahan Jabatan Penjara, polis, Jabatan Imigresen. Malaysia berkerjasama dengan Australia bagi mencari jalan penyelesaian. Tentera Australia telah dihantar ke Afghanistan dan Iraq. Oleh itu negara ini menjadi sasaran utama penduduk dari negara tersebut. Penasihat Perdana Menteri Australia datang ke Malaysia untuk membincangkan isu bersama termasuk penyeludupan manusia.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merangkap pengerusi Kaukus Persatuan Antara Parlimen Asean (AIPA) menyifatkan penyenaraian Malaysia dalam laporan itu sebagai alasan dan permainan politik Amerika Syarikat.

Dalam mesyuarat AIPA pertama pada April 2009, resolusi bersama Malaysia dengan negara ASEAN untuk memfokuskan kepada mengharmonikan undang-undang penyeludupan manusia. Malaysia akan membawa resolusi penyeludupan manusia ini pada mesyuarat AIPA Ogos 2009 di Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bimbang dengan laporan bahawa sindiket penyeludupan manusia melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasa di sempadan Malaysia-Thailand.Akta anti penyeludupan manusia 2007 (Akta) 670, mula dikuatkuasakan pada 28 Feb 2008. Akta ini selaras dengan protokol Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi menyekat, mencegah dan menghukum pelaku penyeludupan manusia terutama wanita dan kanak-kanak.

Pada Januari 2009, senat AS menyiasat dakwaan bahawa pegawai di Malaysia mengugut wang daripada kumpulan migran dan dikaitkan dengan penyeludupan manusia.Pelarian Myanmar yang diperintah junta tentera, dibawa oleh pegawai-pegawai kerajaan Malaysia ke sempadan Malaysia-Thailand dimana mereka diugut atau dijual kepada sindiket penyeludupan manusia.[4]

Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish menyatakan penubuhan APMM adalah untuk mengawal perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan daripada aktiviti lanun dan perompak laut, perdagangan haram serta penyeludupan manusia.[5]

Pada 20 Julai 2009, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan suspek ditahan reman sehingga Jumaat dan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda. Seramai 772 orang suspek membabitkan rakyat asing dan pendatang tanpa izin ditahan kerana terbabit jenayah rogol antara 2005-Jun 2009. 134 orang rakyat asing dan pendatang tanpa izin pula terlibat jenayah bunuh antara Januari-Jun 2009. 5 pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor dan empat perantara ditahan pada 19 JulaI 2009. pelarian Rohingya termasuk wanita dijual sebagai buruh paksa sektor perikanan.[6]

Australia[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2009, polis Australia menyerbu rumah di Shepparton 250km dari Melbourne. Polis menahan lelaki 64 tahun dan anak lelakinya berumur 21 tahun, berikutan penyeludupan 68 warga Afghanistan di Jawa Barat, Indonesia pada April 2009. Timbalan Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tony Negus menyatakan dua beranak itu bertindak sebagai pemudahcara di Malaysia, Indonesia dan Australia serta bertanggungjawab melicinkan urusan pemindahan dana bagi menyokong penyeludupan warga Afghanistan dengan bot.Jenayah ini melibatkan wang atau harta bernilai A$50,000(RM136,730)[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]