Televisyen terestrial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Televisyen terestrial ialah istilah yang memaksudkan kaedah-kaedah penyiaran televisyen yang tidak melibatkan pemancaran satelit.

Sejarah penyiaran televisyen terestrial bermula serentak dengan kelahiran televisyen sebagai sejenis media tersendiri dengan penyiaran televisyen awam jarak panjang yang pertama dari Washington, D.C. pada 7 April 1927. Selain pemancaran dari pesawat yang terbang berpusing-pusing di langit menggunakan sebuah sistem yang dimajukan Westinghouse iaitu Stratovision, tiadanya kaedah penyampaian televisyen yang lain sehinggalah 1950-an apabilanya lahirnya televisyen kabel, atau televisyen antena kelompok (community antenna television, CATV). Kaedah penyampaian isyarat televisyen bukan terestrial yang pertama, iaitu tidak sama sekali bergantung kepada apa-apa isyarat yang berasal dari sumber terestrial tradisional, bermula dengan penggunaan satelit komunikasi pada 1960-an dan 1970-an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]